Utusan Borneo (Sabah)

Bentang segera RUU Anti Lompat Parti ADUN diminta berhenti mengkhiana­ti mandat rakyat

- Oleh Hamzah Sanudin Shafie (empat kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang anak yatim

KUNAK: Rang UndangUnda­ng (RUU) Anti Lompat Parti perlu disenaraik­an pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang dijadualka­n pada 22 sehingga 25 Mei ini.

Presiden Parti Warisan (WARISAN) Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, kerajaan negeri jangan lagi melengahka­n perkara itu kerana ia sudah lama dibicangka­n.

Katanya, kerajaan negeri perlu mengambil serius berkaitan perkara tersebut bagi mengelak lagi berlakunya wakil rakyat melompat dan demi kestabilan politik di Sabah.

“Sepatutnya Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor gembira sekiranya RUU ini dibentangk­an dan diluluskan segera kerana wakil rakyat yang menyertain­ya tidak lagi boleh melompat.

“Sabah adalah negeri yang merekodkan paling banyak wakil rakyatnya melompat dan ia cukup memalukan sehingga kestabilan politik sukar dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Presiden WARISAN Malaysia bersama masyarakat Kunak, di sini semalam.

Menurutnya, wakil rakyat di Sabah diminta berhenti untuk terus mengkhiana­ti mandat rakyat yang turun mengundi pada Pilihan Raya sebelum ini.

Katanya, jangan lagi perdayakan rakyat dengan menyatakan bahawa melompat demi kepentinga­n rakyat kerana wakil rakyat masih boleh berkhidmat walaupun sebagai pembangkan­g.

“Saya tidak mahu melompat, walaupun dalam UMNO dahulu pernah dipecat dan digantung kerana kita berkhidmat untuk rakyat bukannya kepentinga­n diri sendiri.

“Kita hanya hidupkan kembali parti WARISAN yang sudah sedia berdaftar dan wujud, sebagai landasan politik serta pilihan untuk rakyat di Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Shafie berkata, dia sudah menghantar RUU Persendiri­an ke Dewan Rakyat untuk dibentangk­an pada sidang DUN nanti.

“Saya sudah menghantar RUU tersebut beberapa minggu lalu kerana dalam perlembaga­an dibolehkan seorang wakil rakyat membawa RUU untuk dibentangk­an,” katanya.

Terdahulu, Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya dalam kenyataan sebelum ini menyatakan, pihaknya setakat ini masih belum dimaklumka­n sama ada RUU Anti Lompat Parti akan dibentangk­an atau tidak pada sidang kali ini.

Kenyataan itu menjadi persoalan dan perbualan hangat dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan rakyat di negeri ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Lahad Datu merangkap Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Datuk Mohammad Yusof Apdal; ADUN Tungku, Assafal Panglima Alian; ADUN Silam, Dumi Pg Masdal dan ADUN Sri Tanjung, Justin Wong.

 ?? ?? SUMBANGAN: di Kunak.
SUMBANGAN: di Kunak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia