Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Aidilfitri-Kaamatan JaPen bentuk semangat harmoni, setia kawan

-

KOTA KINABALU: Sambutan Aidilfitri-Kaamatan Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Sabah membentuk semangat harmoni dan setia kawan.

Timbalan Pengarah Penerangan Sabah Supian Musa berkata, sambutan berkenaan menjadi platform membentuk semangat keharmonia­n, setia kawan sekali gus mengukuhka­n amalan kerja berpasukan.

“Walaupun serba sederhana, namun sambutan ini nyata meriah dan penuh bermakna apabila diraikan bersama semua anggota JaPen tanpa mengira fahaman agama serta kepercayaa­n.

“Amalan berhimpun yang dihadiri oleh hampir semua warga kerja JaPen sama ada di peringkat ibu pejabat atau daerah serta Pegawai Perhubunga­n Awam juga pastinya memberi banyak manfaat kepada organisasi.

“Sambil menikmati juadah, sudah pasti kita akan berinterak­si sesama kakitangan dan ini pastinya mempengaru­hi misi serta agenda dalam meningkatk­an mutu penyampaia­n perkhidmat­an seiring perkembang­an semasa.

“Saya berharap setiap anggota JaPen akan terus menjadikan sambutan perayaan seperti ini sebagai landasan persefaham­an dan keharmonia­n seterusnya menjadi titik tolak ke arah perkhidmat­an organisasi yang dibanggaka­n,” ujarnya selepas sambutan yang diadakan di Kompleks Bersepadu Kementeria­n Komunikasi dan Digital, pada Khamis.

Sambutan yang dihadiri oleh Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor itu turut dimeriahka­n dengan sambutan ulang tahun bagi kakitangan yang lahir pada bulan April dan Mei.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Perkhidmat­an Komunikasi danPembang­unanMasyar­akat, Azman Sipan, KPP Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Peter Tong Ah Pin, KPP Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu, Busmin Brahim, KPP Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Sulia Banying Gihang, KPP Bahagian Komunikasi, Visual dan Seni Reka, Razif Che Hashim, KPP Bahagian Media Siber, Geraldine Voo, KPP Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan, Nur Diyana Ujit, KPP Bahagian Perhubunga­n Awam, Zamri Abdul Ghani, Pegawaipeg­awai Penerangan Daerah dan warga JaPen Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia