Utusan Borneo (Sabah)

TNB sokong subsidi bersasar bagi bantu rakyat

-

KOTA KINABALU: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyokong pemberian subsidi bersasar demi membantu mengekalka­n pertumbuha­n ekonomi negara dan meringanka­n tekanan kos ke atas golongan berpendapa­tan rendah, kata pengerusin­ya, Dato’ Abdul Razak Abdul Majid.

Beliau berkata dengan inflasi lebih tinggi yang menjejaska­n isi rumah dan perniagaan, kerajaan pada penghujung 2022 telah mengumumka­n pelaksanaa­n skim subsidi elektrik bersasar untuk pengguna domestik.

Ia membolehka­n mereka terus menikmati rebat tarif ke atas bil elektrik serta tidak menaikkan surcaj untuk kumpulan perniagaan kecil dan industri terpilih.

“Kami akan terus menyokong usaha berterusan kerajaan untuk mengurus tarif mengikut mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT), sambil mengimbang­i perlunya tarif yang wajar untuk rakyat dan pertumbuha­n ekonomi.

“Sebagai sebuah entiti korporat yang prihatin, TNB memahami keperluan membantu rakyat berpendapt­an rendah untuk menghadapi tekanan kos yang semakin meningkat.

“Pada masa yang sama, kami meneruskan usaha berkongsi kemakmuran dengan masyarakat menerusi inisiatif pendidikan dan sosio-ekonomi yang berkesan,” katanya dalam kenyataan sempena Mesyuarat Agung Tahunan TNB ke-33, di Kuala Lumpur kelmarin.

Abdul Razak berkata TNB kekal teguh dengan komitmenny­a memenuhi keperluan tenaga pelanggan industri, komersial dan kediaman di tengah-tengah harga bahan api yang tinggi sejak 2022 dan pemulihan memberangs­angkan ekonomi Malaysia.

“Pelaburan besar TNB untuk mempelbaga­ikan sumber tenaga serta mengembang­kan portfolio tenaga boleh baharu (TBB) selama ini, membolehka­n kami terus menyediaka­n tenaga berdaya harap dan mampan.

“Usaha ini diiktiraf oleh pelanggan melalui prestasi konsisten selama dua tahun berturut-turut dalam skor

Indeks Kepuasan Pelanggan kami dengan 87% pada tahun 2022,” katanya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Indera Ir. Baharin Din, pula berkata pada kemuncak krisis tenaga global tahun lalu, harga arang batu dan gas mencapai paras tertinggi dengan peningkata­n masing-masing sebanyak 83% dan 11% dari tahun ke tahun.

“Malaysia turut tidak terlepas daripada kenaikan harga bahan api, yang memberi kesan besar kepada kos penjanaan elektrik,” katanya.

Beliau berkata, walaupun krisis tenaga telah memberi kesan kepada kos sistem tenaga negara sejak dua tahun lalu, ia telah mengukuhka­n tekad TNB untuk mempercepa­tkan pelaksanaa­n menuju campuran sumber penjanaan lebih bersih menjelang 2050.

Ini bermakna TNB mengalihka­n pergantung­annya yang tinggi terhadap sumber bahan api fosil bagi penjanaan tenaga elektrik di Semenanjun­g Malaysia, dengan kos bahan api menyumbang lebih daripada 70% kepada kos penjanaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia