Utusan Borneo (Sabah)

Keluarga tuntut sogit, kes menghina peserta Unduk Ngadau

- Oleh Vivi Olviana Najurus Jainisah (depan, tiga kanan) dan Supian (belakang, kanan) bersama sebahagian daripada Pegawai Penerangan

KOTA KINABALU: Ahli keluarga salah seorang peserta Unduk Ngadau Paitan menuntut denda berupa adat kampung atau sogit terhadap kes penghinaan membabitka­n peserta berkenaan.

Ibu saudara kepada peserta Unduk Ngadau terbabit mendakwa tuntutan sogit terbabit disampaika­n kepada Ketua Daerah selaku Pemegang Adat Isiadat bagi Daerah Paitan.

Beliau berkata, kata-kata penghinaan yang disampaika­n melalui laman sosial Facebook itu dilihat tidak sepatutnya dikeluarka­n kepada anak saudaranya yang juga anak jati Paitan berikutan ibu kandungnya berasal dari Kampung Kimansi iaitu Mukim Pamol Paitan.

“Selaku waris terdekat pada peserta Unduk Ngadau ini, kami sangat malu dengan penghinaan tersebut, tambahan pula kata-kata tersebut tidak sepatutnya dikeluarka­n oleh penama terbabit.

“Sehubungan itu kami memohon pihak pemegang adat istiadat dapat meneliti isi kandungan berbaur penghinaan, seterusnya tindakan sogit dapat dijalankan dengan seadil-adilnya bagi menjaga nama baik keluarga dan generasi kami yang akan datang.

“Tindakan ini juga bagi mengelakka­n perkara seumpama ini tidak akan berlaku lagi di daerah tercinta kita ini,” katanya.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial mengeluark­an kata-kata berbaur penghinaan yang didakwa tidak berpuas hati, peserta itu tidak mengikuti pertanding­an dari peringkat mukim.

Pengguna media sosial lain turut berpendapa­t, kata-kata terbabit agak melampau dan sekiranya berlaku tidak puas hati berkenaan pertanding­an itu, terdapat saluran yang betul untuk membuat aduan dan bukan mengeluark­an kata-kata tidak sepatutnya.

Dalam pada itu, peserta Unduk Ngadau terbabit juga sudah membuat laporan polis untuk tindakan selanjutny­a.

 ?? ?? KENANGAN: Daerah.
KENANGAN: Daerah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia