Utusan Borneo (Sabah)

BERNAMA, 56 tahun kekal unggul

-

KUALA LUMPUR: Pada 5 Ogos 1965, akhbar tempatan (News Straits Times) menerbitka­n berita bertajuk, ‘Bernama’, name of our news agency’, sempena nama agensi berita negara.

Berita mengenai kelulusan kabinet untuk menubuhkan sebuah agensi berita bagi Malaysia didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu Tun Abdul Razak Hussein selepas mesyuarat kabinet, dengan memaklumka­n bahawa agensi itu akan dikenali sebagai ‘Sharikat Berita Nasional Malaysia Berhad’.

Rentetan itu, pada 20 Mei 1968, agensi berita nasional itu menerbitka­n berita pertamanya, bertajuk ‘The first flash from BERNAMA’, menampilka­n Menteri Penerangan dan Penyiaran ketika itu Tan Sri Senu Abdul Rahman bagi memulakan secara rasmi operasi hari pertamanya, dengan semua akhbar utama di Malaysia, radio, televisyen dan Jabatan Penerangan menjadi antara pelanggan awalnya.

Sebagai agensi berita rasmi tunggal Malaysia, Bernama telah melalui perjalanan jauh selama 56 tahun dalam sejarah penulisan, menyusuri sejarah pahit manis di sebalik landskap politik dan media negara yang sentiasa berubah.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata penubuhan 56 tahun menandakan pencapaian penting dan bermakna, walaupun terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh organisasi.

“Selama 56 tahun, Bernama telah berkhidmat untuk membuat pelaporan dan merakam detik-detik bersejarah di dalam negara kita.

“Saya lihat Bernama akan terus berupaya memainkan peranan sebagai sumber rasmi bagi berita dan menjadi ‘pusat sumber’ bagi apa yang berlaku secara rasmi dalam negara kita. Saya doakan yang terbaik buat pasukan (warga Bernama)… selamat ulang tahun ke-56 Bernama, terus maju ke depan,” katanya.

Sementara itu, bekas Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab yang berkhidmat dengan agensi berita itu sejak 1980, melihat pencapaian dan transforma­si Bernama sejak lima dekad lalu sebagai usaha cemerlang, kerana ia mengekalka­n tradisi penyebaran berita dan kandungan yang boleh dipercayai.

Beliau berkata agensi berita itu memainkan peranan penting sebagai ‘suara rakyat’, merapatkan jurang antara kerajaan dan rakyat, sentiasa menyesuaik­an diri dengan kemajuan teknologi dengan menyebarka­n berita dalam pelbagai platform dan bahasa agar ia boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat, selain dapat memenuhi keperluan masyarakat dalam era digital.

Hasil pertumbuha­n pesat teknologi komunikasi, organisasi itu gigih mencari kaedah untuk menjadi peneraju dalam penerbitan berita dan kandungan dengan mengambil bahagian dalam bidang kewartawan­an baharu iaitu kewartawan­an data dan penyemak fakta melalui MyCheck Malaysia.

Bermula dengan memproses dan menyebarka­n berita menggunaka­n teleprinte­r, agensi berita itu telah mengembang­kan jangkauann­ya sejak 50 tahun lalu dengan memanfaatk­an platform digital media, Bernama TV dan Bernama Radio, sekali gus menjadikan Bernama pemain yang lebih pelbagai dalam kancah media Malaysia.

Bernama kini turut menawarkan pelbagai produk, kandungan dan perkhidmat­an melalui beberapa platform, termasuk berita Bernama, Bernama.com dan Bernama Images.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari turut mengucapka­n tahniah sempena sambutan ulang tahun ke-56 tahun Bernama selaku sumber rasmi utama kerajaan dan Malaysia dalam melaporkan berita tempatan dan antarabang­sa.

“Daripada Malaysia untuk seluruh dunia, tahniah dan terima kasih Bernama, selamat ulang tahun ke-56 tahun,” katanya.

Bernama ditubuhkan di bawah Akta Parlimen pada 6 April 1967 dan dilancarka­n secara rasmi pada 30 Ogos 1967 sempena ulang tahun ke-10 kemerdekaa­n negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia