Utusan Borneo (Sabah)

Pusat Perubatan Sunway Hospital swasta pertama di Malaysia sedia Jabatan Kecemasan Kanak-Kanak

-

KUALA LUMPUR: Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway menjadi hospital swasta pertama di Malayisa menyediaka­n Jabatan Kecemasan Kanak-kanak yang menawarkan perkhidmat­an seumpamany­a dan mula beroperasi pada Khamis.

Dalam satu kenyataan semalam, Sunway Medical Centre, Sunway City memaklumka­n jabatan yang baru beroperasi di Menara D itu merupakan sebuah pusat sehenti bagi memenuhi keperluan penjagaan kesihatan bayi, kanak-kanak dan remaja.

Ketua Jabatan Kemalangan dan Kecemasan di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway Dr Lee Soon Han berkata ada tiga zon di jabatan berkenaan iaitu hijau, kuning dan merah yang menyediaka­n penjagaan dan rawatan yang khusus.

“Sebagai contoh, terdapat dua ruang khas untuk kanak-kanak yang menghidap penyakit asma yang memerlukan nebulisasi supaya mereka boleh dipantau dengan teliti. Zon merah pula dilengkapi peralatan perubatan terkini dan termaju untuk resusitasi dan pemantauan rapi.

“Kami berbesar hati dapat memberikan khidmat kepada pesakit pertama kami semalam (kelmarin). Dengan adanya jabatan kecemasan khusus untuk kanakkanak ini, kami berupaya menambah baik kecemerlan­gan klinikal dan kecekapan operasi sekali gus meningkatk­an lagi kualiti perkhidmat­an,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, Ketua Unit Pediatrik Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr Tan Teong Yong berkata mereka mempunyai pasukan doktor dan jururawat terlatih dalam bidang pediatrik yang berpengala­man luas dalam pelbagai subkepakar­an bagi memberikan perkhidmat­an cekap dan efektif kepada pesakit kanak-kanak di jabatan itu.

“Pesakit mempunyai akses mudah kepada rangkaian perkhidmat­an meluas dalam satu kawasan kerana Menara D dilengkapi dengan kemudahan komprehens­if lain.

“Jabatan Radiologi terletak bersebelah­an Jabatan Kecemasan Kanak-kanak dan ia menempatka­n mesin imbasan tomografi berkompute­r (CT scan) terkini, imbasan sinar X am dan perkhidmat­an ultrabunyi, manakala perkhidmat­an Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) 3 Tesla terkini terletak di aras satu,” katanya.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway Dr Seow Vei Ken berkata sebagai sebuah hospital kuaternari swasta terbesar di Malaysia, pihaknya sentiasa mencari kaedah yang inovatif untuk meningkatk­an pengalaman pesakit dengan sentiasa mengutamak­an keselesaan dan kesejahter­aan mereka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia