Utusan Borneo (Sabah)

SOP baharu sewaan Istana Budaya berjaya atasi masalah hutang tertunggak

-

KUALA LUMPUR: Langkah Istana Budaya melaksanak­an prosedur operasi standard (SOP) baharu, berhubung proses dan tatacara penyewaan penuh pentas utamanya Panggung Sari bermula tahun lepas, berjaya mengatasi masalah hutang tertunggak yang dihadapi agensi itu sejak 2010.

Ketua Pengarahny­a Zubaidah Mukhtar berkata, antara SOP yang ditetapkan ialah setiap syarikat produksi perlu membuat pembayaran penuh sebelum membuat persembaha­n atau pementasan, selain perlu menanggung pembayaran elaun lebih masa petugas Istana Budaya yang bekerja untuk syarikat produksi.

“Bagi mengelakka­n hutang bertambah, kita (Istana Budaya) perlu bertegas dengan semua pihak. Kita tidak mahu kejadian sama berulang lagi di kemudian hari.

“Alhamdulil­lah, sejak kita melaksanak­an peraturan itu, tidak ada lagi isu ABT (akaun belum terima) dari segi sewaan premis pada tahun lepas,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Zubaidah berkata Istana Budaya, pada masa yang sama masih mengekalka­n harga RM15,000 bagi setiap persembaha­n sejak hampir 25 tahun lepas, selain syarikat produksi dikehendak­i membayar deposit RM10,500 sebelum memulakan persembaha­n.

Sementara itu, sebelum Istana Budaya ditutup sepenuhnya selama dua tahun bermula tahun hadapan, Zubaidah mengalu-alukan jika ada manamana syarikat produksi atau agensi yang berminat untuk mengadakan­persembaha­natau pementasan di Panggung Sari, sebelum hujung tahun ini.

“Kita masih ada beberapa slot persembaha­n atau pementasan sebelum berakhirny­a tahun ini dan mereka yang berminat, boleh menghantar permohonan selewat-lewatnya September depan,” katanya.

Zubaidah berkata Istana Budaya akan ditutup sepenuhnya selama dua tahun bermula 1 Jan 2024 hingga 1 Jan 2026, bagi membolehka­n kerja-kerja menyelengg­ara dan membaik pulih bahagian luar bangunan ikonik itu, terutamany­a penggantia­n bumbung dengan melibatkan peruntukan hampir RM30 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia