Utusan Borneo (Sabah)

YBR bantu 60 sekolah di Sabah Syarikat korporat, NGO disaran turut serta bantu mereka yang memerlukan

- CENDERA KENANGAN: Oleh Hamzah Sanudin Oleh Yap Siong Han PRIHATIN: KENANGAN:

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri dijangka akan membentang­kan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualka­n minggu depan.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, Pakatan Harapan (PH) Sabah menyokong penuh RUU Anti Lompat Parti dilaksanak­an di Sabah.

“Saya mengesahka­n bahawa RUU ini telah lama ditunggu akan dibentangk­an pada sidang DUN nanti.

“Pemahaman saya kerajaan negeri akan membentang­kan RUU tersebut dan PH Sabah akan menyokongn­ya,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi PH Sabah berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Speaker DUN Datuk Kadzim M Yahya baru-baru ini yang mengatakan RUU itu bukan dalam agenda sidang DUN akan datang.

Katanya, Ketua Menteri telah menyebut perkara ini dan mungkin ada kekeliruan, namun ia pasti akan dibentangk­an nanti.

Terdahulu, pada Selasa, Kadzim berkata kerajaan Sabah telah merancang untuk membentang­kan RUU itu tetapi tidak dapat mengesahka­n sama ada ia akan dibentangk­an dalam persidanga­n pada 22 sehingga 25 Mei nanti, kerana ia bukan dalam agenda mereka.

Sebelum ini, Presiden Parti Warisan (WARISAN) Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal telah mengemukak­an RUU persendiri­an untuk mendesak RUU Anti Lompat Parti pada sesi akan datang.

Bagaimanap­un Kadzim berkata, memandangk­an kerajaan merancang untuk membentang­kannya, RUU persendiri­an Shafie tidak diperlukan.

PENAMPANG: Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyediaka­n peruntukan bantuan persekolah­an kepada 60 buah sekolah rendah dan menengah di Sabah bagi membantu sesi persekolah­an yang telah pun bermula sejak Mac 2023.

Ia melibatkan 52 Sekolah Kebangsaan (SK) dan lapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan sekolah-sekolah ini menerima bantuan ini melalui Program Bantuan Persekolah­an YBR dengan kerjasama Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Bantuan persekolah­an ini melibatkan kumpulan pelajar dari kalangan Asnaf dan keluarga B40, berobjekti­f bagi membantu meningkatk­an akademik pelajar-pelajar dari sekolah tersebut untuk sesi persekolah­an tahun 2023.

Penyerahan bantuan kepada sekolah-sekolah ini telah disempurna­kan oleh Menteri KUSKOP Datuk Ewon Benedick di Dewan SM St. Michael, Penampang.

Turut hadir dalam sesi penyampaia­n ini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayan Jannie Lasimbang; Pengerusi YBR, Datuk Philip Lasimbang; Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR merangkap Ahli lembaga Pengarah Bank Rakyat, Professor Dr. Haji Raduwan Idar; Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Junik Bajit; Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani serta Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Penampang Sektor Perancanga­n, Marcella Sikijip.

Sementara itu, Ewon berkata, bantuan itu diharapkan dapat membantu pihak sekolah dalam meningkatk­an pencapaian akademik muridmurid melalui sesi pengajaran dan pembelajar­an (P&P) yang baharu.

“Saya juga amat berterima kasih dan menyokong inisiatif YBR dan berharap lebih banyak entiti korporat dan organisasi lain, dapat turut sama membantu dalam memberi bantuan-bantuan sebegini, tanpa mengira bentuk atau nilai wang ringgit bagi memartabat­kan pendidikan.

“Syarikat-syarikat korporat serta NGO perlu sama mengambil berat terhadap mereka yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu, Philip berkata pemberian bantuan itu dipecahkan kepada dua lokasi yang telah dikenal pasti, iaitu di sekitar Penampang dan seterusnya di Kadamaian dalam dua majlis penyerahan yang berasingan.

Menurutnya, bantuan yang disalurkan kepada pihak sekolah ini diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi suntikan semangat dan motivasi kepada pihak sekolah untuk membantu muridmurid serta sebagai tanda ingatan YBR dalam membantu komuniti setempat.

Katanya, usaha itu juga menjadi salah satu strategi dalam membantu masyarakat terutamany­a di dalam bidang pendidikan bagi meningkatk­an sosio ekonomi rakyat terutamany­a di Sabah.

Sementara itu, dalam majlis yang berasingan, 31 warga emas di sekitar Penampang dan Kota Belud terharu apabila menerima bantuan kerusi roda serta katil yang turut diserahkan sendiri oleh Ewon.

Ewon berharap dengan bantuan itu, sedikit sebanyak ia dapat melancarka­n lagi aktiviti harian serta menjadikan kehidupan mereka yang terjejas menjadi lebih produktif.

Salah seorang penerima bantuan, Bibiana Amandus Madani mengakui bantuan ini sangat bermakna kepada dirinya dan juga orang-orang sepertinya.

Bibiana yang mengalami angin ahmar (strok) terpaksa bergantung kerusi roda untuk melakukan sebarang pergerakan seharian akibat penyakit yang dihidapiny­a.

Untuk rekod, bagi tahun 2022, seramai 26,604 murid telah menerima manfaat melalui bantuan persekolah­an YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.6 juta yang melibatkan 87 lokasi.

Hampir RM900,000 digunakan bagi pemberian sumbangan dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik serta bertujuan meningkatk­an kesejahter­aan sosioekono­mi penerima melalui pembanguna­n pendidikan, pemerkasaa­n masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan.

 ?? ?? Ewon (kiri), Philip (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama seorang penerima kerusi roda.
Ewon (kiri), Philip (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama seorang penerima kerusi roda.
 ?? ?? Syaiful (kiri), Raduwan (dua kiri), Philip (tiga kiri) dan Setiausaha Politik Menteri KUSKOP Carl V. Moosom (kanan) ketika menyampaik­an kerusi roda kepada seorang penerima.
Syaiful (kiri), Raduwan (dua kiri), Philip (tiga kiri) dan Setiausaha Politik Menteri KUSKOP Carl V. Moosom (kanan) ketika menyampaik­an kerusi roda kepada seorang penerima.
 ?? ?? Christina (tengah) menerima gambar Borneo peacock pheasant daripada Presiden Sabah Birdwatche­rs Associatio­n, Ron Pudin.
Christina (tengah) menerima gambar Borneo peacock pheasant daripada Presiden Sabah Birdwatche­rs Associatio­n, Ron Pudin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia