Utusan Borneo (Sabah)

NDRC UMS latih murid SK Tongou hadapi gempa bumi

- Oleh Vivi Olviana Najurus BENGKEL:

KOTA KINABALU: Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC) Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya mengadakan Bengkel Persediaan Menghadapi Bahaya Gempa Bumi kepada murid-murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Tongou Ranau baru-baru ini.

Profesor Kehormat FSSA yang juga Felo Penyelidik NDRC Prof. Dr. Felix Tongkul berkata, ceramah persediaan dan latihan kecemasan bahaya gempa bumi diadakan sempena Program Minggu Anak yang Baik Lagi Cerdik (ABC) di sekolah tersebut.

Katanya, salah satu objektif utama program dilaksanak­an adalah untuk meningkatk­an kefahaman murid sekolah berkaitan dengan sains gempa bumi sebagai asas persediaan dan panduan keselamata­n menghadapi bencana tersebut.

“Melalui bengkel ini juga dapat membantu melatih guru di setiap sekolah yang terlibat sebagai guru fasilitato­r gempa bumi bagi membimbing murid-murid di sekolah masing-masing.

“Latihan ini perlu dilakukan secara berulang-ulang agar murid-murid dan juga guru sentiasa bersedia serta tahu bertindak sekiranya berlaku gempa bumi tanpa mengira berapa magnitud di masa akan datang, sikap berjaga-jaga dan tidak leka adalah lebih penting,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah NDRC Prof. Madya Dr. Carolyn Melissa Payus memaklumka­n, program pendidikan dan pemindahan ilmu mengenai bencana alam seumpamany­a adalah antara tujuan utama penubuhan NDRC kepada komuniti setempat agar lebih memahami serta bersedia menghadapi bencana alam di masa hadapan.

Tambahnya, bengkel seumpama sudah dijalankan oleh pihak NDRC sejak 2018 lagi untuk sekolah di Ranau dan Lahad Datu melalui Projek Pendidikan Gempa Bumi untuk Murid Sekolah di Sabah, dengan mendapat pembiayaan daripada UNICEF Malaysia serta kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

“Program ini bagaimanap­un terhenti semasa negara mengalami pandemik COVID-19 dan pada 2023 selepas pasca pandemik COVID-19, SK Tongou adalah sekolah pertama di Sabah yang memulakan semula inisiatif untuk menjemput NDRC memberikan ceramah latihan persediaan gempa bumi di sekolah terbabit.

“Syabas kepada SK Tongou dengan penganjura­n program ini dan bagi pihak NDRC, kami sentiasa mengalu-alukan sebarang kerjasama berkaitan pendidikan dan kesedaran mengenai bencana alam,” katanya.

Beliau berharap agar lebih banyak sekolah yang akan terlibat terutamany­a di Ranau dan Lahad Datu, untuk menjadikan latihan persediaan gempa bumi ini sebagai latihan berkala di sekolah masing-masing, memandangk­an dua daerah ini adalah daerah yang berisiko menghadapi bahaya gempa bumi di Sabah.

“NDRC sedia membantu sekiranya terdapat sekolah memerlukan bantuan kepakaran dan latihan persediaan gempa bumi ini pada masa akan datang,” katanya.

Bengkel berkenaan turut dijayakan oleh fasilitato­r gempa bumi NDRC dan guru SK Tongou serta dihadiri 69 murid, 25 guru dan kakitangan sekolah selain 11 orang ibu bapa.

Hadir sama dalam bengkel tersebut ialah Guru Besar SK Tongou Mohd. Hafiz Stephen Abdullah, Penolong Kanan 1 Tan Mui Hiong, Penolong Kanan HEM Siti Jamariah Abdullah dan Guru Penyelaras 3K Kesihatan, Keselamata­n, Keceriaan SK. Tongou Mohd Effendee Ibrahim.*

 ?? ?? Rombongan NDRC UMS merakamkan gambar kenangan bersama barisan guru, murid dan ibu bapa dalam bengkel terbabit.
Rombongan NDRC UMS merakamkan gambar kenangan bersama barisan guru, murid dan ibu bapa dalam bengkel terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia