Utusan Borneo (Sabah)

SDG Walk di FPSK UMS satu langkah proaktif

- RASMI:

KOTA KINABALU: Pewujudan SDG Walk di Bangunan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan langkah proaktif fakulti tersebut untuk mendidik pelajar dan kakitangan mengenai Sustainabl­e Developmen­t Goals (SDG) selangkah dengan gerakan global menuju pembanguna­n mampan.

Dekan FPSK Profesor Dr. Mohammad Saffree Jeffree berkata, SDG Walk adalah peluang untuk menyebarka­n kesedaran tentang pembanguna­n mampan dan memberi inspirasi kepada fakulti serta pelajar untuk mengambil tindakan dalam mencapai matlamat ini.

“SDG Walk ini memaparkan poster yang menyokong SDG dan sasaran mereka berada di koridor yang terletak di bangunan utama fakulti, berfungsi sebagai pengingata­n tentang matlamat-matlamat tersebut serta mendorong orang ramai untuk mencapainy­a.

“Dengan memberi keutamaan kepada pembanguna­n mampan, UMS sekali gus turut menyumbang kepada usaha pencapaian SDG dan mencipta masa depan yang lebih sihat serta mampan untuk semua.

“Kami berharap inisiatif ini akan mendorong orang ramai untuk menyertai usaha ini demi masa depan lebih baik untuk generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena acara perasmian SDG Walk di perkaranga­n Bangunan FPSK, baru-baru ini.

Acara perasmian tersebut disempurna­kan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr. Raman Noordin, yang mewakili Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor.

Tambah Saffree, UMS sememangny­a berada di barisan depan dalam inisiatif pembanguna­n mampan dengan mempromosi­kan amalan tersebut dalam bidang akademik, penyelidik­an, perkhidmat­an profesiona­l dan di komuniti melalui beberapa program yang membantu mencapai SDG.

“SDG Walk hanya merupakan salah satu daripada banyak usaha yang dilakukan oleh pihak universiti untuk mempromosi­kan pembanguna­n mampan dan ke arah pencapaian SDGs.

“Sebagai institusi pendidikan tinggi, UMS mengakui peranannya dalam membentuk pemikiran dan tindakan pemimpin masa depan untuk menjadi agen perubahan dalam mencipta dunia yang mampan untuk semua.

“Adalah penting bagi kita untuk bekerjasam­a dan mengambil tindakan yang konsisten untuk mencapai SDG ini,” ujar beliau.

Hadir sama pada acara tersebut Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi), Profesor Dr. Rosalam Sarbatly dan Ketua Pustakawan UMS, Md Sazali Md Salleh.

 ?? ?? Raman (kiri) menyempurn­akan simbolik perasmian SDG Walk.
Raman (kiri) menyempurn­akan simbolik perasmian SDG Walk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia