Utusan Borneo (Sabah)

Sabah perlu ambil keputusan tegas selesai isu bekalan air

- SAMBUTAN: TAHNIAH:

PAPAR: Kerajaan Sabah perlu membuat keputusan tegas dan holistik dalam menyelesai­kan isu bekalan air di negeri itu yang dilihat kritikal sejak kebelakang­an ini, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata ini termasuk mengambil langkah membina empangan baharu bagi memenuhi keperluan pengguna yang semakin meningkat.

Katanya sebagai Ahli Parlimen Papar beliau akan memberi sokongan penuh sekiranya kerajaan negeri membuat keputusan membina empangan baharu di Papar.

“Kita terlalu membiarkan isu ini berlarutan sehingga menjadi kritikal dan sekiranya tidak diambil langkah penyelesai­an maka ia akan menjadi krisis kepada Sabah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Parlimen Papar dan Dewan Undangan Negeri Kawang di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengalat di sini, kelmarin.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor serta Ahli Dewan Undangan Negeri Kawang Datuk Ghulam

Haidar Khan Bahadar.

Armizan berkata sesi libat urus perlu dilaksanak­an sekiranya terdapat isu berbangkit mengenai usaha membina empangan bagi memberi kefahaman penuh kepada penduduk di kawasan terbabit.

Beliau berkata apa yang penting ialah kerajaan negeri memberi jaminan kepada penduduk terutama melibatkan aspek keselamata­n, kesejahter­aan dan sosioekono­mi mereka, selain komitmen mewujudkan koperasi supaya penduduk dapat menikmati limpahan ekonomi daripada pembinaan empangan kelak.

“Kita sudah tidak ada pilihan. Empangan (baharu) perlu dibuat bagi menyelesai­kan masalah air ini. Jika kita tidak tangani sekarang, saya fikir dalam tiga ke empat tahun mendatang, krisis ini akan lebih besar,” katanya.

Armizan juga khuatir sekiranya masalah air dan elektrik Sabah tidak diselesaik­an segera, ia akan menjejaska­n kemasukan pelabur ke Sabah

Justeru, semua pihak diharap menghentik­an polemik berhubung isu air dihadapi Sabah ketika ini, sebaliknya bersama mengambil tanggungja­wab untuk mencari kaedah penyelesai­an komprehens­if, katanya. — Bernama

 ?? ?? Armizan (kiri, belakang), Fadillah (tengah), Hajiji (empat kanan) merakamkan gambar kenangan bersama penerima hadiah.
Armizan (kiri, belakang), Fadillah (tengah), Hajiji (empat kanan) merakamkan gambar kenangan bersama penerima hadiah.
 ?? ?? Hajiji (tiga kiri) bersalaman dengan Pairin (tiga kanan) sambil diperhatik­an barisan kepimpinan PBS pada majlis Hari Raya parti itu.
Hajiji (tiga kiri) bersalaman dengan Pairin (tiga kanan) sambil diperhatik­an barisan kepimpinan PBS pada majlis Hari Raya parti itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia