Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan GRS akan bentang RUU Anti Lompat Parti pada sidang DUN hari ini, kata Hajiji

- Oleh Yap Siong Han MESYUARAT:

KOTA KINABALU: Kerajaan pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan membentang­kan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, kerajaan negeri bukan sengaja untuk menangguhk­an pembentang­an RUU berkenaan seperti yang didakwa pihak pembangkan­g.

Katanya, dakwaan pembangkan­g kerajaan negeri sengaja menangguhk­an pembentang­an RUU Anti Lompat Parti bagi menyekat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada melompat.

Menurutnya, RUU berkenaan melibatkan pindaan dalam perlembaga­an negeri dan ia perlu diluluskan oleh Yang Dipertua Negeri dan Yang di-Pertuan Agong sebelum RUU itu boleh dibentangk­an dalam sidang DUN.

“Adalah tidak benar dakwaan pembangkan­g bahawa kerajaan sengaja melambatka­n perkara ini kerana kita perlu mematuhi prosedur sedia ada,” katanya pada ucapan perasmian Pra-Mesyuarat di sini semalam.

Hajiji berkata, RUU pindaan perlembaga­an negeri memerlukan majoriti dua per tiga dalam DUN untuk ia diluluskan.

“Saya yakin RUU ini akan mendapat sokongan penuh daripada GRS dan Pakatan Harapan (PH) Sabah.

“Saya juga menyeru ADUN pembangkan­g untuk menyokong RUU ini memandangk­an mereka turut mahu perkara ini diluluskan di Sabah,” katanya.

RUU Pindaan Perlembaga­an Negeri adalah antara empat RUU yang akan dibentangk­an pada mesyuarat pertama penggal keempat sidang DUN Sabah bermula 22 sehingga 25 Mei 2023.

Selepas pramesyuar­at itu, Hajiji turut menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Sabah (STAR) di sini.

 ?? ?? Hajiji (kiri) bersama Speaker DUN Sabah Datuk Seri Panglima Kadzim M Yahya serta barisan menteri Kabinet dan ADUN merakamkan gambar kenangan sebelum mesyuarat bermula.
Hajiji (kiri) bersama Speaker DUN Sabah Datuk Seri Panglima Kadzim M Yahya serta barisan menteri Kabinet dan ADUN merakamkan gambar kenangan sebelum mesyuarat bermula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia