Utusan Borneo (Sabah)

Teroka pasaran baharu, perkasa sektor pelanconga­n

- Oleh Yap Siong Han ALBUM:

KOTA KINABALU: Sabah kini meneroka pasaran baharu bagi memperkasa­kan sektor pelanconga­n di negeri ini.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, pihaknya akan meneroka kepada potensi pasaran negara yang baharu.

“Pada masa yang sama, kita akan kekalkan rangkaian pasaran sedia ada seperti United Kindom, Jerman, Denmark, beberapa negara Eropah, China, Korea dan Jepun.

“Kini kita cuba meneroka pasaran Amerika Syarikat, Australia, India dan negara Timur Tengah. Selain itu, pelancong Amerika Syarikat juga sangat tertarik dengan hidupan liar negeri ini.

“Kini, Lembaga

Pelanconga­n Sabah (STB) sedang berunding dengan India dan negara Timur Tengah untuk mengadakan kerjasama dua hala bagi manfaat bersama,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pameran Persatuan Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) Sabah di sini pada Sabtu lepas.

Beliau berkata, dari segi kerjasama dengan bandarband­ar utama di China, Sabah turut mengukuhka­n kerjasama khususnya dari segi pelanconga­n dengan Beijing, Shanghai, Guangzhou dan Shenzhen.

Katanya, usaha juga sedang dilakukan bagi mengadakan kerjasama dengan bandar-bandar kedua besar di China seperti Jilin, Hangzhou dan Chengdu.

“Ia bagi menarik pelancong dari bandar berkenaan datang ke Sabah. Menerusi lawatan timbal balik baru-baru ini, kita juga telah menjalinka­n kerjasama pelanconga­n antara Jilin dan Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga bersetuju dengan pendapat Presiden MATTA Datuk Tan Kok Liang bahawa rangkaian penerbanga­n udara adalah penting untuk pembanguna­n pelanconga­n Sabah.

Sehubungan itu katanya, usaha sedang dilakukan bagi mendapatka­n penerbanga­n terus dari Incheon, Korea Selatan ke Tawau.

 ?? ?? Christina (dua kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan bersama peserta pameran MATTA Sabah 2023.
Christina (dua kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan bersama peserta pameran MATTA Sabah 2023.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia