Utusan Borneo (Sabah)

Iktiraf peranan wanita dalam pembanguna­n negara

- Oleh Hamzah Sanudin

siangan berkata, setiap generasi muda harus mengambil tahu tentang kebudayaan kaum sendiri.

Ini kerana katanya, setiap amalan budaya tradisiona­l akan terus kekal menjadi warisan kepada generasi akan datang.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau turut menyeru masyarakat di Sabah untuk mengambil langkah yang berani dalam mendakap dan mengaplika­sikan bidang sains, teknologi dan inovasi bagi memelihara serta menyebar luas warisan dan budaya turun temurun agar ia tidak hilang ditelan zaman.

Beliau berkata, bidang teknologi dan inovasi memainkan peranan yang penting dalam memelihara budaya dan tradisi yang merupakan identiti unik bagi negara kita.

“Justeru Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia mengambil langkah proaktif dengan meletakkan Kebudayaan, Kesenian dan Pelanconga­n sebagai salah satu pemacu sosioekono­mi dalam dokumen Rangka Kerja 10-10 MySTIE.

“Melalui rangka kerja ini, rakyat Malaysia dapat mengaplika­sikan bidang sains, teknologi dan inovasi bagi membolehka­n warisan, kebudayaan dan kesenian yang unik di negara kita akan sentiasa dijaga rapi di samping meningkatk­an kebolehpas­aran warisan serta seni budaya di peringkat global,” katanya.

Beliau turut meletakkan harapan agar ‘Kaamatan Membudayak­an Perpaduan’ akan menjadi sumber inspirasi dan semangat untuk semua terus mengekalka­n kesejahter­aan dan kemakmuran di Sabah khususnya di daerah kecil Sook.

TAWAU: Wanita perlu dihargai kerana peranan mereka sangat penting dalam kehidupan seharian khususnya bagi pembanguna­n negara, institusi keluarga dan perpaduan masyarakat.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, wanita sememangny­a terbukti mampu memacu kepakaran dalam pelbagai bidang yang diperlukan negara.

Katanya, penglibata­n kaum wanita ke arah memperkasa­kan diri mereka dalam konteks kemajuan sosioekono­mi di peringkat tempatan dan antarabang­sa membantu kerajaan membangunk­an negara.

“Semangat perjuangan wanita mendepani pelbagai cabaran sejak dahulu lagi diterjemah­kan oleh pelbagai rumpun bangsa di dunia.

“Sayaberhar­apkaumwani­ta di negeri ini terus berperanan secara aktif menggemble­ng potensi diri bagi manfaat keluarga, masyarakat dan pembanguna­n negara keseluruha­nnya,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata demikian ketika merasmikan sambutan Hari Wanita Peringkat Daerah Tawau, di sini semalam.

Menurutnya, ‘Kasih Wanita’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Wanita tahun ini seiring dengan konsep Malaysia Madani yang dibawa oleh kerajaan.

“Konsep ‘Kasih’ ini menterjema­hkan Malaysia Madani dengan membawa nilai kasih sayang, akhlak mulia, sihat, ilmu dan harmoni untuk melahirkan rakyat yang maju,” katanya.

Menurutnya, cabarancab­aran baharu yang bakal muncul pada masa hadapan, akan menguji kecekalan dan ketabahan golongan ini dalam memartabat­kan kedudukann­ya melalui agenda pemerkasaa­n wanita.

“Bagi merealisas­ikan segala impian dan cita-cita, bukanlah satu perkara yang mudah kerana wanita harus cekal dan berani dalam mendepani pelbagai cabaran luar biasa.

“Justeru, para wanita perlu sentiasa peka dengan sebarang perubahan kerana jika leka, maka kita akan jauh ketinggala­n dengan yang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Nizam berkata, layanan terhadap kaum wanita semestinya adil dan tidak boleh ada diskrimina­si terhadap mereka.

“Wanita sudah menunjukka­n bukti, bahawa banyak kejayaan dan keberhasil­an yang mereka lakukan dalam pelbagai bidang di negara ini.

“Harapan saya sangat menggunung untuk melihat lebih ramai kepemimpin­an wanita dalam politik dan pelbagai peringkat lain khususnya sektor korporat,” katanya.

Majlis yang dianjurkan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) Tawau itu telah menghimpun­kan sebanyak 15 kumpulan selawat wanita di daerah ini.

 ?? ?? RASMI: Nizam merasmikan majlis itu menerusi aplikasi Zoom selepas tidak dapat hadir kerana mempunyai tugasan di Kota Kinabalu.
RASMI: Nizam merasmikan majlis itu menerusi aplikasi Zoom selepas tidak dapat hadir kerana mempunyai tugasan di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia