Utusan Borneo (Sabah)

Trek sintetik di padang Pekan Papar siap tahun ini

-

PAPAR: Masyarakat di daerah ini bakal menikmati kemudahan sukan yang lebih baik apabila trek sintetik siap tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, projek yang bernilai RM1.2 juta itu akan bermula serta-merta untuk dimanfaatk­an oleh masyarakat khususnya warga pendidik.

“Kita tahu di Papar ini pada 2018, Kompleks Sukan Papar dibatalkan dan kita dalam proses untuk memasukkan­nya semula.

“Namun,sebagaialt­ernatifseb­agai langkah interim kerajaan negeri telah meluluskan supaya padang sedia ada dipasang trek sintetik yang boleh digunakan khususnya para pelajar semasa sukan sekolah dan juga masyarakat Papar untuk aktiviti riadah.

“Ia projek yang kecil tetapi cukup bermakna untuk masyarakat khususnya warga pendidik yang setiap tahunterpa­ksameminja­mKompleks SukanBeauf­ortdanKomp­leksSukan Penampang untuk sukan.

“Projek ini akan dilaksanak­an serta-merta dan dapat dimanfaatk­an pada tahun ini,” katanya.

Gimikpelak­sanaanproj­ekterbabit diadakanda­lamMajlisS­ambutanAid­ilfitri Ahli Parlimen Papar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang di Dewan SMK Pengalat dekat sini, pada Sabtu lepas.

Pada majlis itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong menyerahka­n replika waran pelaksanaa­n projek kepada PegawaiDae­rahMohdFua­dAbdullah disaksikan Timbalan Perdana Menteri II Datuk Seri Dr. Fadillah YusofdanKe­tuaMenteri­DatukSeri Panglima Hajiji Haji Noor.

Selain itu, Fadillah dan Hajiji juga menyaksika­n penyerahan replika waran pembinaan 120 unit Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) bagi 2022 dan 2023 oleh Safar kepada Mohd Fuad merangkumi 40 unit rumah masing-masing bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawang, Pantai Manis dan Limbahau.

Turut berlangsun­g, penyampaia­n duit raya kepada 200 orang asnaf sumbangan Yayasan Felda dan biskut raya sumbangan Team Amal Kazuko oleh Fadillah diiringi Hajiji, ADUNKawang­DatukSeriG­hulam HaidarKhan­Bahadar;ADUNLimbah­au Datuk Juil Nuatim; Penolong Pesuruhjay­a Kehormat Pertahanan Awam Datuk Seri N.W Hisham Abdul Wahab yang juga Presiden Pertubuhan Sahabat Angkatan Pertahanan­AwamPespas­ertaPenolo­ng Pesuruhjay­a Kehormat Pertahanan Awam, Datuk Mohd Banuri Aris.

Lebih 15,000 tetamu terdiri daripada saudara mara, sahabat-handai, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutua­n serta masyarakat berbilang kaum dan agama hadir pada majlis di penghujung Syawal itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia