Utusan Borneo (Sabah)

Program Jom Baca Bersama 10 Minit rekod peningkata­n di Sabah

-

PENAMPANG: Program Jom Baca Bersama 10 Minit peringkat negeri Sabah catat peningkata­n penyertaan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, penyertaan pada 2016 berjumlah 101,126 dan pada 2022 ia meningkat kepada jumlah 449,631.

“Penerapan budaya membaca memastikan penerusan budaya ilmu dalam kalangan generasi yang berikutnya.

“Individu berpengeta­huan ini diharapkan dapat menjadi asas kepada masyarakat Malaysia memanfaatk­an ilmu dalam aktiviti harian dan pekerjaan masing-masing,” katanya selepas merasmikan Program Jom Baca Bersama 10 Misnit di Perpustaka­an Negeri Sabah.

Pelan Pembanguna­n Malaysia 2013-2025 juga menekankan kepentinga­n membaca sejak kecil dan antaranya melalui Program LINUS kebanyakan murid tahun satu hingga tahun tiga tidak lagi mempunyai masalah untuk menguasai 3M (membaca, menulis serta mengira).

“Selain itu, program Nadi llmu Amalan Membaca (NILAM) dilaksanak­an pada 22 Mei 1998 iaitu satu usaha Kementeria­n Pelajaran Malaysia (KPM) dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid.

“Pelaksanaa­n program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulka­n secara kumulatif sehinggala­h mereka tamat persekolah­an.

“Sebagai seorang pelajar, kemahiran literasi maklumat adalah penting dan membolehka­n pencarian maklumat yang tepat dalam apa-apa format serta menggunaka­n maklumat tersebut secara aktif,” katanya.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Zainuddin Aman; Pengarah Perpustaka­an Negeri Fatimah Abdillah; Pengerusi Program Jom Baca 2023 Dg. Salwah Pg. Razak; dan mantan Pengarah Perpustaka­an Negeri Datuk Adeline Leong.

 ?? ?? BACA: Arifin (dua dari kiri) membelek Buku Sabah State Library: A Historical Journey sambil diperhatik­an oleh Adeline (kanan), Fatimah (dua dari kanan) dan Zainuddin (kiri).
BACA: Arifin (dua dari kiri) membelek Buku Sabah State Library: A Historical Journey sambil diperhatik­an oleh Adeline (kanan), Fatimah (dua dari kanan) dan Zainuddin (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia