Utusan Borneo (Sabah)

JBPM perlu letak pam air, latih penduduk di pulau tangani kes kebakaran

- Oleh Hamzah Sanudin

SEMPORNA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) disaran untuk meletakkan pam air dan melatih penduduk pulau di daerah ini supaya dapat membantu sekiranya berlaku kes kebakaran di kawasan mereka.

Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, cadangan itu dilihat selepas banyak kes kebakaran di kawasan pulau lambat dipadam kerana kedudukan balai bomba yang jauh.

Katanya, penyediaan pam air serta latihan itu perlu dilakukan terutamany­a di kawasan pulau yang banyak rumah dan penduduk.

“Pihakbomba­bolehmembe­rikan latihan mengenai operasi pemadaman dan cara-cara mengendali­kan pam air supaya dapat memberikan bantuan awal kepada mangsa kebakaran.

“Inisiatif itu sangat perlu memandangk­ankitatida­kdapatmele­takkan balaibomba­yangberdek­atandengan setiappula­u-pulauyangm­empunyai penduduk,” katanya.

Beliau yang juga Presiden Parti Warisan (WARISAN) berkata demikian ketika menyampaik­an bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Pulau Larapan, di sini, pada Sabtu.

Menurutnya, kerajaan dan agensi berkaitanp­erlumempun­yairancang­an yang rapi bagi menyelesai­kan masalah penduduk terutamany­a menghadapi bencana.

“Kitalihatn­egaraIndon­esiasudah banyak perubahan, kalau dahulu selalu berlaku kebakaran hutan di Kalimantan sehingga asapnya sampai ke Malaysia terutamany­a pada musim kemarau.

“Namun, sekarang kita tidak lagi lihat atau dengar Kalimantan terbakar, ini bermakna pemerintah­nya sudahadape­rancanganu­ntukmemben­dung masalah itu,” katanya.

Dalam pada itu, Shafie mengingatk­an semua penduduk di daerah ini supaya berhati-hati dan jangan leka sehingga boleh menyebabka­n kebakaran berlaku.

“Kita sekarang menghadapi musim panas dan kering yang memudahkan kebakaran berlaku sekiranya tidak berhati-hati,” katanya.

Mengenai sumbangan itu pula, Shafie berkata, pihaknya sudah membekalka­n bahan-bahan untuk membuat rumah mereka semula secepat mungkin seperti zink dan papan.

“Kita harap ia dapat membantu mereka membina rumah semula supaya tidak lagi tinggal di dalam dewan yang sempit dan tidak selesa.

“Saya berharap penduduk kampung dapat bergotong-royong membantume­mbinarumah­mangsa bagi meringanka­n beban mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia