Utusan Borneo (Sabah)

‘Everest tawan kita tahun ini’

Ravichandr­an sebak imbau insiden menimpa pendaki negara

-

SEPANG: “Selalu kita yang tawan Gunung Everest tetapi tahun ini Everest yang tawan kita,” kata pendaki solo negara, T Ravichandr­an dalam nada sebak mengimbau pengalaman­nya bersama Allahyarha­m Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub dan pendaki Orang Kurang Upaya (OKU) pendengara­n Muhammad Hawari Hashim yang dilaporkan hilang.

Allahyarha­m Awang Askandar, 56, disahkan meninggal dunia pada Jumaat lepas (19 Mei) selepas terjatuh ketika melakukan pendakian ke puncak Gunung Everest manakala Muhammad Hawari, 33, dikhuatiri hilang di kawasan pergununga­n Everest ketika turun dari Kem 4 selepas menawan puncak gunung tertinggi dunia berketingg­ian 8,848 meter.

“Tahun ini adalah kali kedua kami berjumpa dalam misi menawan Gunung Everest. Kali ini saya berada di hadapan mereka dan saya turun dari Gunung Everest menempuhi cabaran getir dalam keadaan cuaca ekstrem,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), di sini semalam, sebaik tiba dari Ekspedisi Himalaya Sports Everest-Lhotse 2023.

Menurut Ravichandr­an pada 17 Mei dia berjaya sampai di puncak Gunung Everest dan mengibar Jalur Gemilang dan bendera penaja di atas gunung itu namun ketika turun dari Gunung Everest pada 18 Mei untuk menawan Gunung Lhotse (gunung keempat tertinggi dunia dengan ketinggian 8,516 meter) dia terpaksa diselamatk­an dan dibawa ke Kathmandu untuk rawatan kerana kecederaan jari akibat radang dingin.

Sebagai rekod, misi Ravichandr­an, 58, dalam Ekspedisi Himalaya Sports Everest-Lhotse 2023 ialah untuk melakar rekod sebagai pendaki pertama Malaysia menawan puncak Gunung Lhotse selepas mengibarka­n bendera di puncak Gunung Everest dalam tempoh 24 jam.

Kejayaan menawan Gunung Everest kali ini merupakan kali yang keempat buat Ravichandr­an.

Mengenai nasib dua pendaki Malaysia itu, Ravi

“Tanpa saya sedar (rupanya) Awang Askandar dan Muhammad Hawari juga menghadapi masa yang sukar. Saya tidak tahu apa yang berlaku ” kepada mereka.

T Ravichandr­an Pendaki solo negara

chandran berkata: “Tanpa saya sedar (rupanya) Awang Askandar dan Muhammad Hawari juga menghadapi masa yang sukar. Saya tidak tahu apa yang berlaku kepada mereka”.

Muhammad Hawari merupakan pendaki kumpulan pertama ke puncak Everest bersama Awang Askandar yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah dalam misi Malaysia Everest 2023.

Menurutnya walaupun berbeza pasukan dengan Allahyarha­m Awang Askandar dan Muhammad Hawari namun mereka sering berjumpa di Everest Base Camp (EBC) untuk rehat dan minum bersama.

“Pendaki biasanya mesra apatah lagi dalam keadaan lima sahaja orang Malaysia, oleh itu kita sangat rapat macam keluarga tidak kira bangsa, agama dan faktor usia. Pada hari menghala ke puncak Everest, Muhammad Hawari bersama saya dari Khemah 1 ke Khemah 2. Beliau seorang yang baik, walaupun bisu dan pekak namun setiap kali jumpa, kita selalu memulakan dengan pelukan dan ketuk kepala masing-masing,” katanya menitiskan air mata.

Ravichandr­an mendoakan agar Muhammad Hawari dapat dijumpai walaupun misi pencarian agak mencabar dengan faktor cuaca.

Beliau berkata insiden kali ini memberi impak mendalam kepada mentalnya namun beliau berharap generasi muda tidak takut dengan dunia pendakian yang sentiasa penuh cabaran dan risiko.

“Everest menawan kita tahun ini...tahun lepas kita balik dengan bangga namun tahun ini berbeza kerana kehilangan nyawa, setakat ini mencatat 10 orang termasuk pendaki dari Malaysia iaitu Awang Askandar berbanding tiga orang pada tahun lepas. Luka tahun ini agak mendalam dari segi mental,” katanya.

Menurut Ravichandr­an setiap kesilapan dan kekalahan yang dialami pendaki Everest Malaysia perlu dikaji semula antaranya faktor cuaca, teknikal dan latihan untuk mengurangk­an risiko dalam misi menawan gunung tertinggi di dunia itu.

“Orang selalu fikir dana sahaja penting tetapi bukan, kerana banyak aspek perlu diurus dengan tepat untuk mengurangk­an risiko. Kita kena mengambil inisiatif dengan serius dan tidak pandang rendah pada risiko ketika misi menakluk Gunung Everest,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SELAMAT TIBA: Ravichandr­an (dua kiri) disambut isterinya Leela Ramamurthy sejurus tiba di KLIA di Sepang, semalam. Beliau berjaya menakluk puncak tertinggi dunia iaitu Everest untuk kali keempat.
— Gambar Bernama SELAMAT TIBA: Ravichandr­an (dua kiri) disambut isterinya Leela Ramamurthy sejurus tiba di KLIA di Sepang, semalam. Beliau berjaya menakluk puncak tertinggi dunia iaitu Everest untuk kali keempat.
 ?? — Gambar Bernama ?? KEBANGGAAN NEGARA: Ravichandr­an bercakap kepada pemberita selepas tiba di KLIA di Sepang, semalam.
— Gambar Bernama KEBANGGAAN NEGARA: Ravichandr­an bercakap kepada pemberita selepas tiba di KLIA di Sepang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia