Utusan Borneo (Sabah)

RM90,000 lesap ditipu beli kereta

-

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan hanya mampu berputih mata setelah kehilangan RM90,000 dipercayai ditipu seorang ejen jualan kereta pada 12 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Brickfield­s ACP Amihizam Abdul Shukor berkata lelaki berusia 36 tahun itu telah berurusan dengan suspek berkaitan jual beli kenderaan jenama Honda HRV.

Beliau berkata suspek merupakan seorang lelaki tempatan yang bekerja di sebuah syarikat kenderaan terkemuka yang terletak di Jalan Damansara.

“Pada 9 Januari lepas, mangsa membuat bayaran wang tempahan berjumlah

RM500 kepada suspek dan bayaran tersebut telah diserahkan kepada pihak syarikat. Pada 29 April hingga 4 Mei lepas, pengadu telah membuat pembayaran wang secara tunai dan pindahan dalam talian ke nombor akaun syarikat yang diberikan oleh suspek.

“Namun begitu, pada 11 Mei, pengadu menerima panggilan telefon daripada pengurus pusat pameran yang memaklumka­n bahawa pihak mereka masih belum menerima bayaran pendahulua­n,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Amihizam berkata mangsa turut dimaklumka­n bahawa suspek tidak lagi bekerja dengan syarikat mereka dan pihaknya telah mengenal pasti suspek berkenaan bagi tindakan lanjut.

Beliau berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu dan menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan segala taktik penipuan jenayah scammer yang menyebabka­n ramai mangsa lebih terperdaya.

“Sebarang jenayah atau aktiviti yang mencurigak­an, orang ramai boleh menghubung­i National Scam Response Centre (NSC) di talian 997, Hotline Polis Brickfield­s di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia