Utusan Borneo (Sabah)

Pengasuh mengaku salah cuai terhadap dua bayi di taska

-

JOHOR BAHRU: Seorang pengasuh taska mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan bertindak cuai terhadap dua bayi di sebuah taska, Mac lepas.

Nurul Shahira A’shiqin Sulaiman, 28, sebagai yang mempunyai pemelihara­an terhadap seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan dan seorang bayi lelaki berumur tujuh bulan ketika itu, didakwa telah bertindak secara cuai dengan cara yang mungkin akan menyebabka­n keduadua mangsa mengalami kecederaan fizikal.

Wanita tersebut dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah taska di Jalan Utama 34, Taman Mutiara Rini, di sini, kira-kira 1 tengah hari, Mac lepas mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya, dan sebagai tambahan tertuduh boleh dikenakan bon berkelakua­n baik serta melaksanak­an khidmat masyarakat.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Nurul Syafiqah Sha’ari, manakala Peguam Syufri A. Samad mewakili tertuduh.

Hakim Datuk Che Wan

Zaidi Che Wan Ibrahim kemudian menetapkan 2 Ogos depan untuk mendengar fakta kes, sebelum menjatuhka­n hukuman.

Mahkamah turut membenarka­n tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin warga tempatan bagi setiap pertuduhan, dengan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah selain dia tidak boleh mengganggu mangsa-mangsa dan saksi pendakwaan.

Pada 15 Mei lepas, tular dua video berdurasi 48 saat dan 39 saat di media sosial, yang menunjukka­n seorang perempuan mengasari seorang bayi yang sedang menangis.

Susulan itu, pada 16 Mei lepas, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat dilapor berkata seorang wanita tempatan telah ditahan untuk membantu siasatan kes mendera bayi di sebuah taska. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AKAN DIBICARA: Nurul Shahira A’shiqin mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru semalam terhadap dua pertuduhan bertindak cuai terhadap dua bayi di sebuah taska, Mac lepas.
— Gambar Bernama AKAN DIBICARA: Nurul Shahira A’shiqin mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru semalam terhadap dua pertuduhan bertindak cuai terhadap dua bayi di sebuah taska, Mac lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia