Utusan Borneo (Sabah)

MSU rai konvokesye­n ke-31, berhasrat lahir 100 jutawan

Universiti mahu memastikan pelajar bukan sahaja diterima pasaran kerja tetapi mampu mencipta pekerjaan sendiri

- Oleh Yovinka Devi

“Ini menjadi tumpuan kami untuk mewujudkan kursus kelayakan mikro (jangka pendek) untuk alumni kami lebih berjaya dalam bidang keusahawan­an seperti berasaskan teknologi dan teknologi kewangan (fintech).

SHAH ALAM: Seramai 1,532 pelajar daripada 102 program pengajian tamat pengajian pada Majlis Konvokesye­n Management and Science University (MSU) ke-31 di sini pada Sabtu lepas.

Menganuger­ahkan ijazah pada acara tiga sesi yang diadakan selama dua hari itu ialah Canselor MSU Raja Muda Kedah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddi­n.

Turut hadir Presiden MSU Profesor Tan Sri Dato’ Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid, Naib Canselor MSU Profesor Puan Sri Datuk Dr Junainah Abd Hamid dan pasukan pengurusan kanan universiti.

Seramai 40 graduan menerima Anugerah Pelajar Terbaik dalam lima kategori daripada Kelas 2023 yang disertakan dengan plak, wang tunai dan biasiswa daripada

Yayasan MSU.

Sementara itu, Anugerah Pingat Emas Canselor yang menjadi impian dimenangi oleh graduan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) Dr Danielle Valerinna Charles.

Danielle dari Julau, Sarawak kini merupakan seorang pereka grafik bebas, menunggu penempatan housemansh­ip. Graduan berusia 25 tahun itu berhasrat untuk menjadi pakar bedah trauma kecemasan yang berpangkal­an di Hospital Umum Sarawak.

Anugerah Presiden dimenangi oleh Doktor Falsafah (Pengurusan/ Perniagaan)

Ahmed Ali Jaleel, bersama Sarjana Muda Teknologi Kardiovask­ular (Kepujian) Muhammad Aidil Azami dan Diploma Seni Kulinari Aida Qistina Uzma Mohd Yusoff. Sementara itu, Sarjana Muda Psikologi (Kepujian) Umassree Murugesan merangkul Anugerah Cemerlang Mohd Shukri Yajid. Turut diraikan ialah 23 penerima Anugerah Akademik dan 12 Anugerah Perindustr­ian.

Dalam perkembang­an lain, MSU bakal melahirkan 100 jutawan dalam kalangan graduan universiti itu yang kini menjadi pemain industri dalam pelbagai bidang.

Mohd Shukri berkata, selepas lebih tiga dekad MSU melahirkan ribuan graduan, pihaknya komited meningkatk­an potensi alumninya untuk lebih berjaya.

“Bagi mencapai objektif itu, kita akan memperkasa­kan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta kemahiran keusahawan­an di MSU untuk alumni ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Konvokesye­n MSU Ke-31.

“Selepas pandemik COVID-19, kami mahu memastikan pelajar kami bukan sahaja diterima pasaran kerja tetapi mereka mencipta pekerjaan sendiri dalam bidang perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Ini menjadi tumpuan kami untuk mewujudkan kursus kelayakan mikro (jangka pendek) untuk alumni kami lebih berjaya dalam bidang keusahawan­an seperti berasaskan teknologi dan teknologi kewangan (fintech),” tambahnya.

Rakan kongsi industri MSU yang menyumbang kepada Anugerah Perindustr­ian termasukla­h Institut Jantung Negara, Airport and Aviation Services (Sri Lanka) (Swasta) Limited, Allianz Malaysia Berhad, Fire Fighter Industry Sdn Bhd, Mega Fortris (Malaysia) Sdn Bhd, Jalen Sdn Bhd, Hazara Boutique, CBL Foods Internatio­nal Pvt Ltd, BJC Foods (Malaysia) Sdn Bhd dan Alpha Meditec.

Profesor Tan Sri Dato’ Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid Presiden MSU

 ?? ?? TAHNIAH: Mohd Shukri (empat kiri) bersama penerima anugerah khas pada majlis konvokesye­n ke-31 MSU iaitu (dari kiri) Muhammad Aidil (Anugerah Presiden), Umassree (Anugerah Mohd Shukri Yajid Outstandin­g), Dr Danielle (Anugerah Pingat Emas Canselor), Ahmed Ali (Anugerah Presiden) dan Aida Qistina Uzma (Anugerah Presiden).
TAHNIAH: Mohd Shukri (empat kiri) bersama penerima anugerah khas pada majlis konvokesye­n ke-31 MSU iaitu (dari kiri) Muhammad Aidil (Anugerah Presiden), Umassree (Anugerah Mohd Shukri Yajid Outstandin­g), Dr Danielle (Anugerah Pingat Emas Canselor), Ahmed Ali (Anugerah Presiden) dan Aida Qistina Uzma (Anugerah Presiden).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia