Utusan Borneo (Sabah)

FAMA sasar buka 14 pasar tani baharu tahun ini

-

KUALA TERENGGANU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) menyasarka­n untuk membuka 14 lokasi pasar tani baharu di seluruh negara tahun ini.

Pemangku Ketua Pengarah FAMA Abdul Rashid Bahri berkata setakat ini lima pasar tani baharu telah dibuka kepada orang ramai selepas kajian daripada semua aspek dijalankan.

“Sebelum membuka satusatu outlet baharu, FAMA akan buat kajian pasaran yang mengambil kira faktor kepadatan penduduk, bilangan pasar raya berhampira­n, kuasa beli penduduk dan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Selain itu ia juga bergantung kepada bajet dan kesesuaian tapak untuk pembukaan outlet untuk program pemasaran. Setakat ini terdapat 250 pasar tani di seluruh negara,” katanya selepas Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Sokongan

Pemasaran usahawan Negeri Terengganu di Pejabat FAMA Terengganu di sini, semalam.

Seramai 12 usahawan menerima sumbangan dalam pelbagai bentuk termasuk Geran Agropreneu­r Muda dan peralatan mesin yang berjumlah RM200,000.

Dalam pada itu Abdul Rashid berkata FAMA juga sentiasa memberi ruang kepada usahawan atau petani memasarkan produk mereka di fasiliti milik agensi berkenaan.

Menurut beliau FAMA mempunyai pelbagai kaedah pemasaran termasuk outlet, pasar tani, pasar tani kekal, Agro Bazar Online dan rakan pemasaran strategik lain yang efektif dan boleh disesuaika­n dengan apa juga bentuk perniagaan.

“Peluang untuk petani atau usahawan memasarkan produk mereka memang sentiasa kita buka. Tak kiralah musim panas ke... hujan atau apa-apa musim.

“(Petani atau usahawan) boleh datang jumpa dan kami akan nasihatkan apa program pemasaran sesuai buat mereka,” katanya pada program yang turut dihadiri Pengarah FAMA Terengganu Nukman Hashim.

Selain itu katanya para petani atau usahawan juga boleh menggunaka­n perkhidmat­an bilik sejuk FAMA di 40 pusat operasi untuk tujuan penyimpana­n produk berlebihan pada kadar sewa yang berpatutan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTUAN: Abdul Rashid (dua kiri) bertanyaka­n sesuatu kepada usahawan FAMA pada Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Sokongan Pemasaran Usahawan Negeri Terengganu di Pejabat FAMA Terengganu, Kuala Terengganu, semalam.
— Gambar Bernama BANTUAN: Abdul Rashid (dua kiri) bertanyaka­n sesuatu kepada usahawan FAMA pada Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Sokongan Pemasaran Usahawan Negeri Terengganu di Pejabat FAMA Terengganu, Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia