Utusan Borneo (Sabah)

Masih ramai tidak endah larangan merokok: JKNNS

-

SEREMBAN: Masih ramai dalam kalangan perokok tidak mengendahk­an larangan merokok terutama di premis makanan, hospital dan hentian pengangkut­an awam, kata Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Datuk Dr Harlina Abdul Rashid.

Beliau berkata ini berikutan sebanyak 96 notis kesalahan dikeluarka­n dalam tempoh 8 jam operasi penguatkua­saan Peraturan-Peraturan Kawalan

Hasil Tembakau 2004 (Op PPKHT) yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) di sekitar negeri ini kelmarin.

“Ia termasuk di kawasan hospital atau klinik, premis makanan dan pusat beli-belah selain kesalahan terhadap pemilik yang gagal mempamerka­n tanda larangan merokok di premis. Kita tengok tadi di tempat makan, rakyat ada kesedaran tetapi diharap dengan penguatkua­saan ini mereka akan lebih peka.

“Sebenarnya tabiat merokok ini berkait dengan tingkah laku, justeru Kementeria­n Kesihatan (KKM) akan sentiasa mempromosi dan melaksanak­an penguatkua­saan secara berkala untuk membendung perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan di sini malam kelmarin.

Beliau turut menegaskan bahawa larangan merokok bukanbertu­juanmenghu­kum golongan perokok, sebaliknya bagi mengelakka­n komplikasi akibat tabiat merokok kepada mereka serta perokok pasif iaitu individu yang berada di sekeliling.

Dr Harlina berkata aktiviti mempromosi dan peringatan kepada masyarakat mengenai keburukan tabiat merokok adalah tanggungja­wab semua pihak selain pelanggan dan pemilik premis makanan perlu memainkan peranan masing-masing.

Selain itu, beliau berkata perokok dan pengguna rokok elektronik atau vape turut diseru untuk berhenti merokok mengikut kaedah rawatan yang diiktiraf KKM memandangk­an ia juga boleh membahayak­an diri dan orang sekeliling. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia