Utusan Borneo (Sabah)

Medvedev menewaskan Tsitsipas, melangkah ke final

-

ROM: Daniil Medvedev melangkah ke final kedua dalam kariernya di permukaan tanah liat apabila menewaskan Stefanos Tsitsipas 7-5 dan 7-5 dalam kejohanan Terbuka Itali di sini pada Sabtu.

Bekas pemain nombor satu dunia itu akan menentang Holger Rune, yang bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Casper Ruud 67(2/7), 6-4 dan 6-2, di final.

Medvedev dan Tsitsipas berdepanbe­berapapena­ngguhan akibat hujan, menyebabka­n mereka mengharung­i hampir empat jam setengah untuk menamatkan perlawanan separuh akhir itu.

Medvedev melangkah ke final ketiga kejohanan Siri Master pada musim ini selepas di Indian Wells dan Miami.

Kedua-dua pemain terikat 4-4 pada set pertama apabila hujan menangguhk­an permainan buat kali pertama dan hanya sempat bermain satu perlawanan sebaik sahaja kembali beraksi.

Mereka akhirnya menyambung semula perlawanan selepas pukul 9.30 malam waktu tempatan.

Selepas mengesahka­n kemenangan, Medvedev melakukan tarian kemenangan di atas gelanggang, dengan harapan ia akan tular.

“Saya berasa gembira untuk melangkah ke final pertama saya pada kejohanan Siri Master di permukaan tanah liat dan saya tidak sabar untuk esok (final),” katanya.

“Saya sangat gembira bermain di sini. Ia mungkin lebih muda berasa marah dengan keadaan hujan dan penangguha­n tetapi kami (pasukannya) mengenepik­annya.”

Dia menambah: “Saya mungkin memanaskan badan saya enam atau tujuh kali, saya tahu kami boleh bermain bila cuaca mengizinka­n.”

Medvedev menang sembilan dari 10 permainan terakhir untuk memenangi set pertama dan kemudian kembali mendahului awal pada set kedua sebelum Tsitsipas mengikat kedudukan 3-3.

Mereka terikat sekali lagi pada mata 5-5 namun Medvedev tidak menoleh ke belakang selepas itu untuk menyempurn­akan mata akhir pertamanya.

Medvedev belum pernah memenangi satu perlawanan di sini sebelum tahun ini tetapi mendapati dirinya bersaing untuk kejuaraan kelima musim ini apabila menentang Rune buat kali kedua selepas tewas kepada pemain muda itu di Monte Carlo.

Kekalahan itu adalah yang pertama dari lima pertemuan menentang Run, dengan semua perlawanan mereka berlangsun­g di permukaan tanah liat.

Rune mengejutka­n pilihan pertama, Novak Djokovic di peringkat suku akhir dan berkata dia berasa tenang apabila memikirkan dia bakal tewas.

“Apabila saya ketinggala­n, saya memberitah­u diri saya untuk tidak hilang peluang, dia mungkin akan menang,” kata pemain ranking ketujuh dunia itu.

“Saya memberitah­u diri saya untuk bermain dengan bebas, agresif seperti ia adalah set terakhir saya. Ia adalah kunci kepada kebangkita­n saya, bermain dengan gembira.”

Ruud memerlukan 69 minit untuk memenangi set pertama dengan jaguh dari Norway itu menguasai sepenuhnya permainan tiebreak.

Namun Rune meningkatk­an rentak pada set kedua dan mempamerka­n permainan lebih yakin untuk mengikat kedudukan dan membawa permainan ke set penentuan.

Dia mengekalka­n rentak pada set ketiga dan tidak memberikan sebarang ruang kepada Ruud untuk cuba bangkit.

Final di sini merupakan final kelapan Rune dalam jelajah ATP sepanjang kariernya dan juga final yang ketiganya musim ini.

Pemain dari Denmark itu muncul juara di Paris Bercy pada bulan November tahun lepas dan muncul naib juara di Monte Carlo pada bulan April. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? JUARA: Para pemain dan jurulatih Barca bergambar bersama trofi sejurus tamat perlawanan La Liga Sepanyol di antara Barcelona dan Real Sociedad di stadium Camp Nou di Barcelona, kelmarin.
— Gambar AFP JUARA: Para pemain dan jurulatih Barca bergambar bersama trofi sejurus tamat perlawanan La Liga Sepanyol di antara Barcelona dan Real Sociedad di stadium Camp Nou di Barcelona, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia