Utusan Borneo (Sabah)

Barca ungguli La Liga Sepanyol

Terima trofi kejuaraan liga di Camp Nou, ditewaskan Sociedad 2-1

-

BARCELONA: Juara La Liga Sepanyol, Barcelona, tewas 1-2 kepada Real Sociedad sebelum menerima trofi kejuaraan liga di Camp Nou pada Sabtu.

Mikel Merino dan Alexander Sorloth menjaringk­an gol buat Sociedad, yang mempertaha­nkan kedudukan di tangga keempat liga dan mengembali­kan jurang kelebihan lima mata berbanding Villarreal dalam saingan kelayakan ke Liga JuaraJuara musim hadapan.

Robert Lewandowsk­i merapatkan kedudukan lewat buat Barca, yang sudah mengesahka­n kejuaraan liga minggu lepas apabila menewaskan Espanyol 4-2, dan mereka menerima barisan hormat ketika memasuki padang untuk memulakan perlawanan.

Skuad kendalian Imanol Alguacil bagaimanap­un mencemari perayaan kejuaraan Barca di Camp Nou dengan kemenangan memberangs­angkan.

“Mencapai kemenangan di sini (Camp Nou) adalah sesuatu yang bersejarah untuk kelab, ini satu tempat yang sukar untuk dikunjungi,” kata Merino selepas pasukannya meraih kemenangan liga

“Mencapai kemenangan di sini (Camp Nou) adalah sesuatu yang bersejarah untuk kelab, ini satu tempat yang sukar ” untuk dikunjungi.

yang pertama di Camp Nou sejak 1991.

“Saya belum lahir lagi pada kali terakhir La Real (Sociedad) menang di sini.

“Kami memerlukan kemenangan kerana di belakang kami, saingan sangat sengit dan kami bermain dengan hebat hari ini.”

Jurulatih Barca, Xavi, menurunkan skuad yang kuat walaupun sudah mengesahka­n kejuaraan tetapi mereka ketinggala­n awal apabila Jules Kounde hilang bola dalam kawasan bahaya, membolehka­n Sorloth mengumpan kepada Merino dan menewaskan penjaga gol Barca, Andre ter Stegen pada minit kelima.

Ia adalah gol pertama dibolosi Ter Stegen selain tendangan penalti di Camp Nou dalam La Liga musim ini, dengan pengecuali­an gol sendiri Ronald Araujo.

Ter Stegen mengelak pintu golnya dibolosi dalam 25 perlawanan musim ini dan memerlukan satu lagi rekod bersih untuk menyamai liga, walaupun ia bukan mudah jika Barca tidak mempunyai motivasi lagi pada baki tiga perlawanan selepas memenangi kejuaraan liga.

Ousmane Dembele, yang diturunkan dalam kesebelasa­n utama selepas pulih dari kecederaan jangka panjang, hampir mengikat kedudukan apabila tandukanny­a ditepis penjaga gol Sociedad, Alex Remiro.

Franck Kessie juga melihat cubaannya sedikit tersasar ketika Barca memburu gol penyamaan.

Bagaimanap­un, asakan Barca berkuranga­n dalam separuh masa kedua dan Sociedad menambah jaringan apabila Martin Zubimendi merampas bola dari Frenkie de Jong untuk memulakan serangan pantas.

Takefusa Kubo mengumpan bola kepada Sorloth untuk menewaskan Ter Stegen buat kali kedua.

Kapten Barcelona, Sergio Busquets menerima tepukan hormat apabila dikeluarka­n pada minit akhir perlawanan selepas mengesahka­n akan meninggalk­an kelab pada musim panas ini.

Lewandowsk­i, penjaring terbanyak La Liga, menjaringk­an gol ke-22 musim ini pada minit akhir namun Barca gagal mencari gol penyamaan untuk menceriaka­n lagi sambutan kejuaraan liga mereka.

Selepas sambutan kejuaraan liga pemain Barca tidak berlarutan apabila penyokong Espanyol menceroboh padang minggu lepas, mereka mula meraikan kejuaraan bersama penyokong walaupun sedikit terkilan dengan kekalahan.

“Kami tewas, kami berdepan pasukan hebat yang tahu bagaimana untuk menang,” kata pemain tengah Barca, Jordi Alba.

“Selepas memenangi kejuaraan, kami mungkin kekurangan motivasi. Tetapi ia adalah hari untuk meraikan kejuaraan bersama penyokong.” — AFP

Mikel Merino Pemain tengah Real Sociedad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia