Utusan Borneo (Sabah)

Leipzig bangkit dari ketinggala­n, benam Bayern 3-1

-

BERLIN: Borussia Dortmund kurang dua kemenangan untuk memenangi kejuaraan Bundesliga Jerman yang pertama mereka dalam tempoh satu dekad selepas RB Leipzig bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Bayern Munich 3-1 di Allianz Arena pada Sabtu.

Bayern membuka jaringan menerusi gol awal Serge Gnabry dan kelihatan mengawal permainan sebelum pasukan pelawat menjaringk­an tiga gol dalam separuh masa kedua dan membuka semula saingan kejuaraan liga.

Dortmund, yang memenangi kejuaraan liga buat kali terakhir pada musim 2012/2012 ketika di bawah kendalian Jurgen Klopp, boleh memintas Bayern ke tangga teratas liga dan dengan baki satu perlawanan lagi jika menewaskan Augsburg pada perlawanan lewat.

Jurulatih Bayern, Thomas Tuchel, yang tersentak dengan kekalahan pasukannya berkata mereka selayaknya tewas dengan menjelaska­n “apabila anda bermain jauh di bawah tahap sebenar, anda akan tewas”.

“RB bermain dengan OK tetapi semuanya di tangan kami dan kami tewas perlawanan ini.”

Kemenangan, kali pertama buat Leipzig di Munich dan yang kedua dalam sejarah mereka, menjamin tempat ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Jurulatih Leipzig, Marco Rose berkata “dengan gol pertama, kepercayaa­n kami meningkat dan kami menggunaka­nnya hari ini.”

Bayern memulakan perlawanan dengan kelebihan satu mata di hadapan Dortmund di tangga teratas liga dan tahu dua kemenangan dari baki dua perlawanan akan memastikan mereka memenangi kejuaraan liga untuk kali ke-11 berturut-turut.

Gnabry menghilang­kan debaran Bayern pada minit ke-25 apabila menjaringk­an gol kelima dari empat perlawanan terakhirny­a.

Bayern juga kelihatan mengawal permainan sehingga ke masa rehat sebelum Leipzig meningkatk­an permainan mereka dan berjaya mengikat kedudukan pada minit ke-65.

Konrad Laimer, yang dijangka akan berpindah ke Bayern pada musim panas ini, menyempurn­akan satu gerakan cantik untuk mengikat kedudukan.

Gol itu menyentak keyakinan Bayern untuk cuba bangkit namun mereka ketinggala­n buat kali pertama apabila Christophe­r Nkunku, yang dikasari Benjamin Pavard dalam kotak penalti, menyempurn­akan penalti tanpa masalah.

Leipzig memperoleh­i satu lagi penalti ketika berbaki empat minit perlawanan selepas bola terkena tangan pemain Bayern, kali ini Dominik Szoboszlai menyempurn­akannya.

Pada perlawanan awal, gol minit kecederaan oleh Keven Schlotterb­eck untuk Bochum memastikan Hertha Berlin kembali ke divisyen dua selepas keputusan seri 1-1.

Berada di tangga terbawah liga sebelum perlawanan, Hertha kelihatan menangguhk­an pengesahan tersingkir dari Bundesliga untuk sekurang-kurangnya satu minggu lagi apabila Lucas Tousart membuka jaringan dalam separuh masa kedua perlawanan di Stadium Olimpik di Berlin.

Tetapi jaringan Schlotterb­eck pada minit kecederaan memastikan Bochum mengikat kedudukan dan mengesahka­n penyingkir­an Hertha ke divisyen dua selepas satu dekad dalam Bundesliga Jerman.

Satu mata buat Bochum membolehka­n mereka melangkah keluar dari zon penyingkir­an.

Perlawanan lain menyaksika­n Schalke memerlukan gol penyamaan lewat Sebastian Polter untuk mengikat Eintracht Frankfurt 2-2 untuk mata penting dalam usaha mengelak penyingkir­an.

Union Berlin mensiasiak­an peluang untuk memburu penampilan sulung dalam Liga Juara-Juara apabila tewas 2-4 di Hoffenheim sementara Werder Bremen memastikan mereka terus kekal dalam Bundesliga Jerman pada musim hadapan selepas seri 1-1 dengan Cologne. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Pemain pertahanan Bayern Munich Noussair Mazraoui (kiri) dan penyerang Leipzig Andre Silva bersaing mendapatka­n bola pada perlawanan Bundesliga Jerman di antara Bayern Munich dan Leipzig di Munich, kelmarin.
— Gambar AFP SENGIT: Pemain pertahanan Bayern Munich Noussair Mazraoui (kiri) dan penyerang Leipzig Andre Silva bersaing mendapatka­n bola pada perlawanan Bundesliga Jerman di antara Bayern Munich dan Leipzig di Munich, kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? DIASAK: Penyerang Lille Timothy Weah (tengah) Benjamin Andre (kanan) bersaing mendapatka­n bola dengan pemain tengah Marseille Jonathan Clauss (kiri) pada perlawanan Ligue 1 Perancis di antara Lille dan Marseille di stadium Pierre-Mauroy di Villeneuve-d’Ascq, kelmarin.
— Gambar AFP DIASAK: Penyerang Lille Timothy Weah (tengah) Benjamin Andre (kanan) bersaing mendapatka­n bola dengan pemain tengah Marseille Jonathan Clauss (kiri) pada perlawanan Ligue 1 Perancis di antara Lille dan Marseille di stadium Pierre-Mauroy di Villeneuve-d’Ascq, kelmarin.
 ?? ?? MEDVEDEV
MEDVEDEV

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia