Utusan Borneo (Sabah)

Marseille kecundang 1-2 di Lille dalam aksi Ligue 1 Perancis

-

PARIS: Marseille kecundang 1-2 di Lille dalam aksi Ligue 1 Perancis pada Sabtu, sekali gus memberikan peluang kepada Lens untuk merampas tangga kedua liga dan satu kelayakan automatik ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

JonathanCl­aussmeleta­kkan Marseille di hadapan pada minit ke-29 dengan penjaga gol Lucas Chevalier dan pemain pertahanan, Bafode Diakite gagal mengelak bola menerjah jaring.

Namun Lille mengikat kedudukan menerusi gol ke22 Jonathan Davis musim ini dari satu penalti kontrovers­i minit ke-50, yang diberikan selepas penjaga gol Marseille, Pau Lopez mengasari Carlos Baleba.

Marseille ada menjaringk­an gol menerusi rembatan Alexis Sanchez tetapi gol itu tidak dibenarkan kerana ofsaid sebelum Jonathan Bamba menjaringk­an gol kemenangan Lille pada minit ke-72 dari satu hantaran lintang Remy Cabella.

Kekalahan menyebabka­n Marseille kekal di tangga ketiga dengan 73 mata, dua mata di belakang Lens

yang bermain lewat menentang Lorient.

“Kami sedih kerana kami mahukan kemenangan. Kami mempunyai peluang. Mereka juga mempunyai peluang,” kata jurulatih Marseille, Igor Tudor.

Mengenai peluang menamatkan musim di tangga kedua, Tudor menambah:

“Selagi kami mempunyai peluang dari segi mata, kami akan terus berusaha. Ia kelihatan tipis tetapi kami mengharung­i satu musim yang sangat bagus.”

Jika Marseille menamatkan musim di tangga ketiga, mereka akan beraksi di peringkat pusingan kelayakan awal dan kemudian kemungkina­n playoff untuk satu tempat ke pusingan pertama Liga Juara-Juara.

Bagi Lille, kemenangan mengekalka­n kedudukan di tangga kelima untuk satu kelayakan ke Liga Konferensi Europa.

Pada perlawanan lain, Nantes tercicir menghampir­i zon penyingkir­an selepas tewas 0-3 kepada Montpellie­r. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia