Utusan Borneo (Sabah)

OKU hidup menumpang, harap belas kasihan kawan

18 ahli POCPM menumpang di lot kawan-kawan di Kampung Sentosa, Kampung Bahagia Jaya, Batu 24, Jalan Oya

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Seramai 18 ahli Pertubuhan Orang Cacat Penglihata­n Malaysia (POCPM) Cawangan Sarawak di sini difahamkan hidup menumpang sambil mengharapk­an belas kasihan daripada kawan-kawan mereka sejak belasan tahun lalu.

Difahamkan kesemua mereka itu kini masih tinggal menumpang di lot kawankawan mereka di Kampung Sentosa, Kampung Bahagia Jaya dan Batu 24, Jalan Oya.

Pengerusi POCPM Cawangan Sarawak Isak Ngau berkata, ahlinya itu sebelum ini sudah memohon lot tanah di Kampung Sentosa sejak 2015 tetapi hingga sekarang tiada jawapan.

“Mereka telah mengemukak­an permohonan tersebut kepada Jabatan Tanah dan Survei (JTS) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Datuk Dr Annuar Rapaee.

“Saya juga sebelum ini pernah beberapa kali berkunjung ke JTS Bahagian Sibu untuk bertanya mengenai status permohonan mereka.

“Datang di pejabat, saya dimaklumka­n bahawa status mereka masih belum lagi diproses dan menyuruh kami menunggu.

“Selepas itu, kami menulis surat kepada Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang ketika itu menteri bertanggun­gjawab terhadap hal ehwal tanah bagi tujuan yang sama dan telah mendapat respons positif daripadany­a yang memaklumka­n agar kami merujuk kepada JTS Bahagian Sibu untuk tindakan lanjut melalui suratnya bertarikh pada 8 Oktober 2021. Namun sehingga kini jabatan tersebut masih senyap,” ujarnya kepada Utusan Borneo semalam.

Isak berkata, kesemua permohonan mereka selama ini telah mendapat sokongan pihak wakil rakyat termasuk menteri berkaitan (Awang Tengah).

Sebelum ini katanya, beliau juga pernah bertanya mengenai pemberian lot tanah di penempatan Jalan Jerrwit ketika ia baru dibuka kepada JTS Bahagian Sibu namun dimaklumka­n ia adalah untuk permohon yang beragama Islam sahaja.

“Perkara ini sudah lama dan JTS Bahagian Sibu perlu menyegerak­an permohonan ini. Kalau boleh tahun ini semua permohonan mereka harus dipenuhi atau paling lambat tahun depan.

“Isunya di sini mereka ini sudah berkeluarg­a, ada anak dan perlukan lot untuk membina rumah.

“Kasihan mereka ini hidup menumpang sejak sekian lama. Bila ada lot rumah senang mereka mendapat bantuan seperti Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), rumah e-Kasih dan sebagainya kerana mereka sememangny­a layak,” tegasnya.

Beliau memberitah­u, walaupun mereka ini ada menerima bantuan kebajikan setiap bulan tetapi lot tanah masih sangat diperlukan agar mereka dapat hidup bersama keluarga masing-masing tanpa menumpang yang boleh mengundang pelbagai masalah.

Isak juga berkata, mereka sebenarnya amat mengharapk­an lot tanah di Kampung Sentosa kerana terdapat lot di situ tidak berpenghun­i atau terbiar begitu sahaja.

Jelasnya, JTS Bahagian Sibu perlu melakukan semakan terhadap lot tersebut agar dapat memberi peluang kepada mereka daripada membiarkan lot itu kosong begitu sahaja.

“Saya difahamkan terdapat lot-lot di Kampung Sentosa ini terbiar. Adalah lebih baik pihak JTS memberikan lot yang kosong itu kepada mereka yang telah lama memohon sebelum ini daripada dibiarkan kosong.

“Kampung Sentosa adalah dekat dengan bandar serta mudah untuk mendapatka­n pengangkut­an awam bagi membolehka­n mereka bergerak untuk sesuatu urusan,” katanya.

Justeru, beliau berharap agar kerajaan khususnya pihak berkaitan membantu golongan ini untuk mendapatka­n lot tanah agar tidak terus hidup menumpang.

Sementara itu, ahlinya Kip Ayom, 68, menyatakan bahawa dia dan isterinya hidup menumpang sambil mengharapk­an belas kasihan rakannya di Kampung Sentosa selama 12 tahun.

Menurutnya, rumah yang didiaminya sekarang adalah rumah yang disambung dari rumah rakannya di atas lot sama.

“Rumah saya ini adalah sambungan sahaja yang dibina hasil bantuan rakanrakan dan ipar saya. Sebagai balasan, setiap bulan saya membantu rakan saya itu membayar bil elektrik dan air.

“Saya tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya mendapat upah mengurut badan.

“Dulu saya tinggal menyewa di kampung ini bersama-sama rakan. Saya mengambil keputusan untuk terus tinggal di kampung ini kerana ia dekat dengan bandar yang memudahkan urusan harian saya,” katanya.

Kip berkata, beliau antara 18 ahli POCPM yang memohon lot rumah seperti yang diperkatak­an oleh Isak itu.

Justeru, beliau berharap permohonan­nya selama ini dapat menjadi kenyataan

“Mereka telah mengemukak­an permohonan tersebut kepada Jabatan Tanah dan Survei (JTS) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Datuk ” Dr Annuar Rapaee.

demi keselesaan keluargany­a.

Seorang lagi ahlinya Nari Jerayit, 67, mengaku bahawa hidup menumpang berkeluarg­a sangat susah apabila hidup bersama orang lain.

“Saya sudah 12 tahun hidup menumpang di atas lot kawan-kawan. Membesarka­n anak-anak sambil menagih simpati daripada orang lain sangat susah.

“Saya mempunyai tiga orang anak di mana seorang daripadany­a masih bersekolah,” katanya yang turut mengambil upah sebagai tukang urut.

Nari memberitah­u, hasil sebagai tukang urut itu disimpanny­a untuk membantu pemilik lot membayar bil elektrik dan air sebagai balasan dan bersyukur kerana kawannya tidak mengenakan sewa atas dasar simpati.

Jelasnya, rumahnya juga terletak bersebelah­an dengan rakannya yang merupakan pemilik lot yang didiaminya itu.

“Saya turut berharap agar nasib kami sebagai orang kurang upaya (OKU) yang cacat penglihata­n ini mendapat perhatian pihak berkaitan dengan sewajarnya.

“Harapan saya agar permohonan kami mendapatka­n lot tanah diluluskan untuk kami membina rumah sendiri,” tambahnya.

Isak Ngau Pengerusi POCPM Cawangan Sarawak

 ?? ?? SOKONGAN: Isak (kiri) bersama Kip (tengah) dan Nari menunjukka­n surat sokongan daripada Dr Annuar kepada mereka untuk perhatian pihak JTS Bahagian Sibu agar dipertimba­ngkan diberi lot tanah pada 2015.
SOKONGAN: Isak (kiri) bersama Kip (tengah) dan Nari menunjukka­n surat sokongan daripada Dr Annuar kepada mereka untuk perhatian pihak JTS Bahagian Sibu agar dipertimba­ngkan diberi lot tanah pada 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia