Utusan Borneo (Sabah)

Tie & Dye: Produk keusahawan­an pilihan bakal graduan TVET

-

KUCHING: Seni Tie & Dye atau ikat celup merupakan teknik pewarnaan tekstil yang melibatkan pengikatan atau pemberian ikatan pada kain sebelum diwarnai.

Jurulatih Seni Bina Sekolah Seni Malaysia Sarawak Ramizah Muna Mohadi, 31, berkata, seni Tie & Dye merupakan produk yang penting daripada warisan seni tekstil Malaysia yang mula berkembang pada tahun 70-an.

“Kini terdapat sekolah di Sarawak yang telah memperkena­lkan pengajaran kemahiran Tie & Dye kepada para pelajar,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Ujar beliau, aktiviti Tie & Dye juga memberikan peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri secara praktikal dan mencapai kepuasan melalui kerja berusaha.

Setelah sesi pembelajar­an yang fokus pada pelajaran akademik, kemahiran seperti Tie & Dye membantu meredakan ketegangan dan memberikan pelajar kesempatan untuk berinterak­si secara santai dan kreatif,” tambahnya.

Pelajar Tahun 2 Kursus Sijil Fesyen dan Pakaian Nur Marezah Umar, 24, berkongsi pendapat bahawa melalui latihan kemahiran Tie & Dye, beliau dapat melibatkan diri dalam proses kreatif dalam menghasilk­an corak dan kombinasi warna yang unik pada pakaian sendiri.

“Produk ini mempunyai potensi untuk dijual kerana ia mampu menarik pelanggan daripada pelbagai lapisan masyarakat dan usia yang mencari produk fesyen yang moden dan berbeza.

Malah kursus yang dianjurkan ini secara tidak langsung membentuk diri saya dan rakan-rakan menjadi bakal usahawan yang berketramp­ilan dalam mencipta serta memasarkan karya seni yang unik,” kata Nur Marezah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia