Utusan Borneo (Sabah)

TEGAS lancar kumpulan kelima prapemecut­an sokong pertumbuha­n syarikat pemula dan perusahaan sosial

-

KUCHING: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) melalui TEGAS Digital Village (TDV) dan Digital Innovation Hub (TDIH) telah melancarka­n TEGAS Pre-Accelerato­r Bootcamp (TPAB) untuk menyokong pertumbuha­n syarikat pemula dan perusahaan sosial di Sarawak.

Timbalan Menteri Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh berkata, TEGAS akan bekerjasam­a dengan rakan kongsi strategikn­ya, WatchTower & Friends, pemecut teknologi, dan MYStartup, projek nasional yang dimulakan oleh Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan dibangunka­n oleh Cradle Fund Sdn Bhd.

“Program itu adalah untuk membantu mempercepa­tkan pertumbuha­n syarikat pemula dan perusahaan sosial peringkat awal tempatan sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk terus memacu inovasi digital dan keusahawan­an di Sarawak, selaras dengan Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 2030,” katanya yang juga merupakan pengerusi TEGAS dalam satu kenyataan kelmarin.

Melangkah ke tahun kelima menjalanka­n prapemecut­an, pihaknya percaya program itu boleh menjadi saluran yang bagus untuk usahawan muda di Sarawak mengesahka­n idea inovatif mereka sebelum pergi ke pasaran.

Program tersebut akan berlangsun­g dari 12 hingga 18 Jun di TDV, meliputi topik seperti memulakan, pemodelan perniagaan, pemodelan kewangan, pembanguna­n produk, pergi ke pasaran, pengumpula­n dana dan ‘pitching’.

Peserta yang dipilih untuk program ini akan menikmati bimbingan daripada pakar industri dan usahawan berpengala­man, akses kepada peluang pelaburan peringkat awal, penyertaan program pemecut TEGAS dan Shell LiveWIRE Malaysia, sokongan pemerbadan­an syarikat, akses kerja bersama percuma selama tiga bulan kepada TDV dan TDIH (BTU, MYY), akses kepada sokongan dan faedah permulaan melalui MYStartup dan akses kepada rakan kongsi dan program ekosistem TEGAS.

Sam Shafiee dan Kashminder Singh yang merupakan pengasas bersama pitchIN, adalah antara mentor untuk program itu bersama beberapa yang lain.

Untuk memohon program, layari bit.ly/TPAB5.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia