Utusan Borneo (Sabah)

Program Vaksin Anti-Rabies berjaya vaksinkan 368 ekor anjing

-

SIBU: Sebanyak 368 ekor anjing telah divaksin pada Program Vaksin Anti-Rabies di Jalan Ling Kai Cheng di sini, kelmarin yang dianjurkan Persatuan Ketua Masyarakat Cina Bahagian Sibu dan Pejabat Veterinar Bahagian Sibu (DVS).

Menurut Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (DVS) Sibu, 368 ekor anjing itu turut melibatkan 208 pemilik haiwan peliharaan.

Daripada jumlah itu, 316 ekor anjing menerima dos pertama manakala 52 ekor diberi dos penggalak.

Pengerusi Persatuan Ketua Masyarakat Cina Bahagian Sibu Temenggung Dato Vincent Lau berkata, program tersebut adalah yang kelima dianjurkan mereka setakat ini.

Beliau juga melahirkan rasa gembira apabila mendapat sambutan yang baik daripada pemilik anjing setiap kali program itu diadakan, di mana secara purata lebih 100 anjing divaksin di setiap lokasi.

Menurut Lau, pada awalnya mereka hanya mempunyai satu lagi program vaksinasi iaitu di Kanowit yang dijadualka­n bulan depan.

Bagaimanap­un atas permintaan orang ramai, persatuan itu bersama DVS Sibu akan menganjurk­an satu lagi program pada Julai nanti.

“Untuk tahun ini, mengikut rancangan asal kita hanya ada satu lagi program iaitu di Kanowit.

“Program ini yang pada mulanya dijadual pada 10 Jun tetapi atas sebab tertentu, terpaksa ditangguhk­an kepada 24 Jun.

“Atas permintaan ramai, kita akan menambah satu lagi program iaitu pada 1 Julai iaitu di Taman Rejang.

“Ini menjadikan dua lagi lokasi program yang dirancang setakat ini, tetapi jika perlu kita juga akan menganjurk­an lebih banyak lagi program seperti ini,” ujarnya.

Lau juga berharap orang ramai terutama pemilik haiwan peliharaan menyedari bahaya rabies yang boleh menyebabka­n kematian jika tidak mendapatka­n rawatan segera.

Sehubungan itu beliau berharap dengan program vaksinasi seumpama ini bersama DVS Sibu dapat membantu menghapusk­an masalah rabies ini menjelang 2025.

“Ia memerlukan usaha bersepadu semua pihak terutama pemilik anjing,” katanya sambil berterima kasih kepada orang ramai yang memberikan sokongan terhadap program yang dianjurkan.

Hadir sama ialah Penolong Pegawai Veterinar Sibu Anthony Janggu.

 ?? ?? SAMBUTAN BAIK: Pemilik haiwan peliharaan mendaftar kelmarin bagi mendapatka­n vaksin bagi anjing peliharaan mereka.
SAMBUTAN BAIK: Pemilik haiwan peliharaan mendaftar kelmarin bagi mendapatka­n vaksin bagi anjing peliharaan mereka.
 ?? ?? MENARIK: Ramizah mempamerka­n hasil produk yang menggunaka­n teknik Tie & Dye.
MENARIK: Ramizah mempamerka­n hasil produk yang menggunaka­n teknik Tie & Dye.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia