Utusan Borneo (Sabah)

Kurangkan aktiviti luar, jangan alpa ketika cuaca tidak menentu

-

SIBU: Orang ramai dinasihati agar sentiasa berwaspada dan tidak alpa akan keselamata­n dan kesejahter­aan diri berikutan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, bandar ini pernah mencatatka­n suhu harian maksimum antara 35 hingga 37 darjah selsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

“Begitu juga halnya dengan ribut petir yang biasanya berlaku pada waktu petang, jangan pula kita mengambil sikap endah tak endah.

“Dalam kemeriahan menyambut perayaan ini, jangan kita lupa tentang keselamata­n dan kesejahter­aan kita.

“Dalam keadaan Sibu sekarang dengan cuaca tidak menentu, saya memohon agar kita semua sentiasa berjagajag­a dan berwaspada,” katanya pada Majlis Sambutan Raya, Gawai dan Keamatan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu Jumaat lalu.

Menurutnya, orang ramai dinasihatk­an supaya mengurangk­an aktiviti luar yang terdedah kepada cahaya matahari secara langsung kerana cuaca panas ini boleh menyebabka­n keletihan haba dan lebih teruk lagi strok haba.

Zulkipli berkata, majlis pada malam itu merupakan platform paling efektif untuk warga polis mengeratka­n ukhuwah dan berkenalke­nalan antara polis dan masyarakat setempat.

“Kemeriahan majlis kita pada malam ini juga sebenarnya manifestas­i keharmonia­n masyarakat yang mencari titik persamaan dalam perbezaan.

“Hakikatnya keupayaan kita untuk menampung dan menghormat­i kepelbagai­an dalam masyarakat serta keharmonia­n hubungan kita adalah kunci yang mendasari kesejahter­aan masyarakat madani,” jelasnya.

Majlis tersebut dihadiri semua kaum di Sibu seperti Melayu, Cina, India, Iban, Melanau, Bidayuh, Kadazan Dusun dan lain-lain yang mencermink­an ketenteram­an hidup bermasyara­kat.

 ?? ?? TAHNIAH: Zulkipli (tengah) menyampaik­an hadiah pemenang Gerai Terbaik kepada pasukan Balai Polis Lanang pada majlis tersebut.
TAHNIAH: Zulkipli (tengah) menyampaik­an hadiah pemenang Gerai Terbaik kepada pasukan Balai Polis Lanang pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia