Utusan Borneo (Sabah)

Cuaca panas: Petani, pekebun Kelantan perlu kawal pengairan tanaman

-

GUA MUSANG: Petani dan pekebun di Kelantan diingatkan agar mengawal penggunaan air supaya tidak berlaku pembaziran dalam pengairan untuk tanaman mereka sepanjang musim panas ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknolo­gi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Kelantan Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata tindakan itu bertujuan untuk mengehadka­n penggunaan air, sekali gus dapat mengelak daripada berlaku krisis kekurangan bekalan air.

Beliau berkata petani dan pekebun perlu melakukan penyelengg­araan bagi memastikan saliran air tidak bermasalah, selain dapat meminimumk­an penggunaan sumber terbabit.

“Kita berharap petani menggunaka­n air dengan sebaiknya untuk menyiram tanaman. Petani perlu sentiasa membaiki saliran dan air tandak yang dapat digunakan sebaiknya.

“Jika ada air yang dapat digunakan semula untuk proses kitaran, kita perlu gunakan kerana ingin pastikan tanaman tidak musnah walaupun berlaku musibah kemarau secara ketara,” katanya.

Tuan Mohd Saripudin bercakap kepada pemberita selepas menyampaik­an bantuan bekalan makanan kepada penduduk Orang Asli sempena Program Misi Hijau Siri 8 di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir di sini semalam.

Beliau turut memberi peringatan kepada petani dan pekebun agar tidak melakukan pembakaran terbuka atau membakar kawasan hutan semak bagi pembukaan tanah kebun.

Menurutnya setakat ini pihaknya tidak menerima laporan terbaharu mengenai pembakaran tanah kebun atau tanah gambut secara berskala besar.

“Kita minta supaya petani jangan melakukan pembakaran terbuka kerana boleh menyebabka­n berlakunya pencemaran udara, malah kita bimbang pembakaran merebak. Tanah gambut biasanya agak sukar kita padamkan api kerana boleh meresap sehingga satu atau dua meter,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia