Utusan Borneo (Sabah)

Sukan tradisi sempena Pesta Kaamatan dibuka secara fizikal

Melibatkan 10 acara dan pertama kali terima penyertaan Brunei

- TARIK TALI: CUBA: GIMIK:

PENAMPANG: Acara sukan tradisi sempena Pesta Kaamatan kini kembali dibuka secara fizikal selepas tiga tahun akibat pandemik COVID-19.

Pengerusi Jawatankua­sa Sukan Tradisi Terrance Edward Pudin berkata, kesemua 10 acara sukan tradisi kini dibuka secara fizikal berbanding hanya dua acara tahun lepas.

“Pada tahun lepas, hanya dua acara sahaja yang diadakan secara fizikal iaitu tarik tali dan gusti lengan manakala lapan lagi acara lain secara demonstras­i.

“Namun pada tahun ini, kesemua 10 acara iaitu Migazat (tarik tali), Mipulos (gusti lengan), Momolistik (melastik), Monopuk (menyumpit), Manadus (membujak), Sipatu Tompulango­i (terompak gergasi), Rampanau, Monungkava Kalabau (menjerat kerbau), Mompiri atau Magapui (menyalakan api), dan Tumutu (memproses padi) dibuka secara fizikal kepada orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis Perasmian Sukan Tradisi Sempena Pesta Kaamatan

Peringkat Negeri Sabah 2023 di sini Jumaat lepas.

Majlis perasmian berkenaan disempurna­kan oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia dan Sukan Putera Jali di Pentas Terbuka Koisaan Cultural Village (KCV) di sini.

Dalam pada itu, pihaknya amat berbesar hati kerana buat julung kalinya tahun ini, acara sukan tradisi Kaamatan menerima penyertaan dari negara Brunei Darussalam bagi pertanding­an tarik tali dan gusti lengan.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Sukan Sabah (LSS) Osman Aganduk; Timbalan Pengerusi LLS Janih Bangud dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Robert Stidi.

 ?? ?? Aksi dari Kumpulan Mohawk Gym yang mengambil bahagian dalam acara tarik tali.
Aksi dari Kumpulan Mohawk Gym yang mengambil bahagian dalam acara tarik tali.
 ?? ?? Terrance mencuba sukan melastik yang juga salah satu sukan tradisi yang dipertandi­ngkan.
Terrance mencuba sukan melastik yang juga salah satu sukan tradisi yang dipertandi­ngkan.
 ?? ?? Putera (tiga dari kiri) melakukan aksi menyumpit bagi menyempurn­akan gimik perasmian sukan tradisi.
Putera (tiga dari kiri) melakukan aksi menyumpit bagi menyempurn­akan gimik perasmian sukan tradisi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia