Utusan Borneo (Sabah)

Kepelbagai­an sambutan budaya mampu tarik pelancong luar

- Oleh Hamzah Sanudin

SEMPORNA: Kepelbagai­an sambutan budaya dan warisan yang terdapat di daerah ini boleh dijadikan sebagai salah satu tarikan pelanconga­n di Sabah.

Pegawai Daerah Semporna Alexander Liew berkata, mempelbaga­ikan sambutan perayaan atau pesta kebudayaan seperti Pesta Kaamatan selain Regatta Lepa mampu menjadi nilai tambah pelanconga­n untuk menarik kehadiran pelancong ke daerah ini.

“Pelancong yang datang ke Semporna, bukan sahaja boleh ke pulau-pulau indah tetapi turut dapat melihat warisan dan kebudayaan yang dimiliki Sabah dengan penganjura­n pesta kebudayaan.

“Sambutan kebudayaan ini penting kerana ia dapat diperkenal­kan di seluruh dunia melalui program yang ditonjolka­n kepada pelancong domestik dan antarabang­sa yang datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Semporna, di sini kelmarin.

Dalam pada itu, Alexander berkata, Pesta Kaamatan di Semporna akan diadakan antara tarikh 1 hingga 20 Mei pada setiap tahun.

Katanya, penganjura­n kali ini mendapat kerjasama daripada Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA)

Semporna serta Puspanita.

“Tema Kaamatan membudayak­an perpaduan kali ini merujuk kepada kepelbagai­an bangsa dan agama di Sabah seharusnya memelihara budaya ke arah sikap saling hormat serta bersatu padu.

“Selain menjadi platform memperinga­ti adat budaya suku Kadazan Dusun Murut (KDM), ia juga dapat mengekalka­n pertuturan bahasa ibunda yang dilihat semakin kurang digunakan generasi sekarang,” katanya.

Sementara itu, Alexander turut menyatakan bahawa sambutan Pesta Regatta Lepa di Semporna dijangka diadakan pada Ogos ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia