Utusan Borneo (Sabah)

5,000 pengunjung meriahkan Santai Hari Raya Aidilfitri

- Oleh Kenneddy Corlleus KENANGAN: RASMI: GEMBIRA:

BEAUFORT: Kira-kira 5,000 pengunjung menghadiri rumah terbuka ‘Santai Hari Raya Aidilfitri’ Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasnih di Kampung Landayan Takuli dekat sini Jumaat lepas.

Pengunjung mulai tiba lebih awal daripada jadual walaupun majlis dijangka bermula sekitar jam 4 petang yang dimanfaatk­an oleh mereka untuk meluangkan masa bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias itu sebelum majlis bermula.

Pengunjung yang hadir pada rumah terbuka itu bukan sahaja datang dari sekitar Beaufort tetapi juga daerah lain malah ada sebahagian dari ibu negeri semata-mata ingin bersua muka dan beramah mesra dengan pemimpin yang hadir.

Kemeriahan suasana Aidilfitri begitu terasa, malah Isnin ketika ditemui menyifatka­n rumah terbuka itu amat meriah dengan kehadiran pelbagai bangsa, kaum dan anutan yang membuktika­n secara jelas perpaduan menjadi pegangan utama rakyat di Sabah.

Beliau berkata, perpaduan di Sabah jelas menggambar­kan betapa utuhnya toleransi dan persefaham­an serta semangat kekitaan walaupun terdiri daripada kepelbagai­an budaya.

“Terima kasih kepada semua sahabat dan kenalan yang sudi bertandang ke majlis rumah terbuka saya yang diadakan di Kg Landayan dan semoga pertemuan sempena perayaan ini dapat merapatkan lagi silaturahi­m kita.

“Harap semua yang hadir gembira menikmati juadah yang disediakan, mohon maaf jika ada kekurangan sepanjang majlis berlangsun­g, maklumlah kehadiran melebihi jangkaan mungkin ada yang tidak saya sempat bersembang lama,” katanya.

Salah seorang pengunjung yang hanya ingin dikenali sebagai Ajijul dari Beaufort menyifatka­n majlis yang diadakan itu sungguh meriah memandangk­an sebelum ini tidak dapat diraikan beramairam­ai ekoran pandemik.

Katanya, selain berpeluang bersemuka dengan wakil rakyat beliau juga berpeluang bertemu dengan kenalan rapat dalam majlis santai itu, sambil menikmati aneka makanan yang disediakan.

 ?? ?? Alexander memalu gong sebagai simbolik perasmian majlis itu.
Alexander memalu gong sebagai simbolik perasmian majlis itu.
 ?? ?? Isnin merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian pengunjung sempena majlis itu.
Isnin merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian pengunjung sempena majlis itu.
 ?? ?? Sebahagian yang hadir merakamkan gambar kenangan di pekarangan kediaman Isnin di Kg Landayan.
Sebahagian yang hadir merakamkan gambar kenangan di pekarangan kediaman Isnin di Kg Landayan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia