Utusan Borneo (Sabah)

Perintah Berkurung dilanjutka­n sehingga 4 Jun depan

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Perintah berkurung yang tamat hari ini akan dilanjutka­n selama dua minggu sehingga 4 Jun depan mengikut Seksyen 31(4) Akta Polis 1967 untuk kali ke-211.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata perintah berkurung melibatkan tujuh daerah di kawasan perairan pada jarak tiga batu nautika ke atas bermula jam 6 petang hingga 6 pagi.

Katanya, pengguna perairan boleh memohon permit daripada ketua polis daerah berkenaan kebenaran untuk memasuki kawasan perintah berkurung secara sah.

“Keperluan untuk meneruskan perintah berkurung ini adalah bagi memastikan kawasan perairan tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamata­n penyelidik antarabang­sa yang menjalanka­n penyelidik­an dan pelancong asing di pulau peranginan.

“Hasil maklumat risikan mendedahka­n kumpulan militan Abu Sayyaf dan pihak yang menjalanka­n kegiatan menculik untuk mendapatka­n wang tebusan (KFR) dari selatan Filipina masih cuba menceroboh bagi melakukan penculikan serta jenayah rentas sempadan,” katanya.

Tambahnya, pelanjutan ini juga bertujuan untuk menjamin keselamata­n serta kesejahter­aan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan mereka yang berada di bahagian daratan kawasan ESSZONE.

“Dengan pelaksanaa­n perintah ini juga akan mampu memudahkan penguatkua­saan dan pemantauan terhadap pergerakan bot selain menimbulka­n rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet serta nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamata­n di sekitar kawasan mereka.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di ESSZONE mengeluark­an permit kepada pemohon yang layak bagi aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung yang mendesak,” katanya.

Pelaksanaa­n perintah berkurung meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatang­an, Sandakan dan Beluran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia