Utusan Borneo (Sabah)

INISIATIF SMJ SUDAH BERHASIL

Catat pencapaian membanggak­an walaupun baru dua tahun dilancarka­n

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Pelaksanaa­n pelbagai inisiatif berimpak tinggi di bawah Pelan Pembanguna­n Sabah Maju Jaya (SMJ) mula membuahkan hasil walaupun ia baru dilancar dua tahun lalu.

Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, berkata Sabah telah melakar pelbagai pencapaian membanggak­an melalui peningkata­n pertumbuha­n ekonomi dan kesejahter­aan rakyat.

Katanya, Sabah berjaya melakar sejarah apabila pungutan hasil pada tahun lalu direkodkan mencecah RM6.960 bilion, meskipun ekonomi negeri masih dibelenggu oleh persekitar­an ekonomi dunia tidak menentu.

Menurutnya, ia merupakan rekod pungutan hasil tertinggi selepas kejayaan signifikan yang dikecapi pada tahun 2021 dengan pungutan hasil sebanyak RM5.449 bilion iaitu dengan peningkata­n sebanyak 28 peratus.

“Sungguhpun demikian, jentera pentadbira­n negeri Sabah tidak boleh berasa selesa dengan kejayaan ini. Justeru, semua jabatan pemungut hasil negeri hendaklah melipatgan­dakan usaha ke arah pungutan hasil yang lebih tinggi pada tahun ini melalui penjanaan hasil baharu yang inovatif.

“Di bawah Pelan Pembanguna­n SMJ, kerajaan negeri mengambil pendekatan meningkatk­an hasil melalui kekuatan dan peluang yang ada dan pada masa yang sama mengelakka­n ketirisan hasil dengan mengamalka­n tadbir urus negeri yang baik.

“Perjanjian dengan Petronas: Commercial Collaborat­ion Agreement (CCA) dimeterai yang berprinsip­kan Greater Say, Greater Participan­t, Greater Revenue.

“Melalui kolaborasi ini, negeri Sabah akan mendapatka­n perkongsia­n hasil, penyertaan dan penguasaan yang lebih besar berkaitan minyak dan gas,” katanya.

Juhar berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan dasar kerajaan negeri sempena Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke16 di DUN Sabah di sini, semalam.

Justeru itu katanya, kerajaan negeri melalui Sabah Energy Corporatio­n (SEC) iaitu Syarikat Berkaitan Kerajaan Sabah telah menandatan­gani Perjanjian Bekalan Gas Asli dengan Petronas yang menjadikan SEC sebagai pembekal dan pengangkut gas asli domestik terbesar di negeri ini.

Katanya, langkah itu akan membantu Sabah untuk maju ke hadapan dalam meneroka potensi penuh rantaian industri gas asli di negeri ini.

“Strategi pemboleh daya polisi fiskal terus dikembangk­an dengan peluasan skop percukaian produk petroleum kepada produk Petrochemi­cal iaitu Ammonia dan Urea yang telah menyumbang hasil tambahan.

“Melalui inisiatif ini, royalti dan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) daripada sektor minyak dan gas dijangka mencecah RM2.45 bilion setahun.

“Selanjutny­a, kerajaan negeri melalui SMJ Sdn. Bhd. telah menandatan­gani Perjanjian Dasar Induk bersama PETRONAS Chemicals Group Berhad bagi pengambila­lihan 25 peratus kepentinga­n ekuiti dalam PETRONAS Chemicals Fertiliser Sabah Sdn. Bhd. (PC FSSB) yang akan membuahkan perkongsia­n keuntungan yang lebih besar kepada

Sabah dalam industri minyak dan gas di negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, Juhar berkata, kerajaan negeri juga akan memastikan bahawa hak-hak negeri dalam tuntutan hasil serta keperluan dan kepentinga­n rakyat Sabah akan sentiasa diutamakan dan diperjuang­kan melalui Majlis Tindakan Pelaksanaa­n Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya, pada Disember 2022, Sabah menerima berita gembira apabila kerajaan Persekutua­n bersetuju memindahka­n kuasa kawal selia tenaga bekalan gas kepada kerajaan negeri.

“Sehubungan itu, Suruhanjay­a Tenaga Sabah (ECoS) telah ditubuhkan melalui Enakmen Bekalan Gas Sabah yang mula berkuat kuasa pada 10 Januari 2023,” katanya.

 ?? ?? RASMI: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyerahka­n Teks Ucapan Dasar Kerajaan Negeri kepada Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin pada Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-16 2023, pada Isnin.
RASMI: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyerahka­n Teks Ucapan Dasar Kerajaan Negeri kepada Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin pada Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-16 2023, pada Isnin.
 ?? ?? DADAH: Mohd Nasir (tengah) bersama pegawai JKDM Zon Sabah menunjukka­n rampasan dadah pada sidang media itu.
DADAH: Mohd Nasir (tengah) bersama pegawai JKDM Zon Sabah menunjukka­n rampasan dadah pada sidang media itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia