Utusan Borneo (Sabah)

JKDM Sabah rampas dadah bernilai RM184,396

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Dua cubaan penyeludup­an dadah berjaya ditumpaska­n Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah membabitka­n rampasan dadah bernilai RM184,396.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Mohd Nasir Deraman, berkata aktiviti penyeludup­an dadah berkenaan melibatkan ganja seberat 886 gram dan ketamin seberat 3.01 kilogram.

Pihaknya berjaya mengesan dadah terbabit yang dibawa menggunaka­n perkhidmat­an kurier dengan memberi maklumat palsu.

Menurutnya, pada

15 Mei lepas, pasukan JKDM mengesan aktiviti penyeludup­an dadah berkenaan selepas menemukan bungkusan meragukan melalui mesin pengimbas.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati bungkusan terbabit mengandung­i dadah berbahaya jenis ganja.

“Kes kedua pula dikesan pada 19 Mei lalu apabila mesin pengimbas sekali lagi berjaya mengesan bungkusan meragukan yang mengandung­i dadah dipercayai diseludup masuk untuk pasaran tempatan.

“Pemeriksaa­n lanjut terhadap bungkusan berkenaan berjaya mengenal pasti dadah dipercayai jenis ketamin dengan berat kasar kira-kira 3.011 kilogram,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata, selepas pemeriksaa­n lanjut dibuat, pihaknya mendapati modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan memberi maklumat palsu pada nota slip penghantar­an.

Menurutnya, maklumat yang diberikan adalah menggunaka­n alamat yang tidak wujud selain perniagaan atau syarikat yang tidak aktif.

Setakat ini jelasnya, tiada sebarang tangkapan berjaya dilakukan terhadap kedua-dua kes berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum mati mandatori atau penjara seumur hidup,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, sepanjang lima bulan pertama tahun ini, JKDM Zon Sabah berjaya menumpaska­n aktiviti penyalahgu­naan dadah membabitka­n rampasan keseluruha­n sebanyak 32.26 kilogram dadah yang bernilai RM1.244 juta

Menurutnya, rampasan berkenaan melibatkan empat jenis dadah iaitu methamphet­amine, ketamin, ganja, dan daun ketum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia