Utusan Borneo (Sabah)

Persatuan etnik perlu bangun, martabatka­n budaya

- Oleh Hamzah Sanudin

TUARAN: Persatuan etnik di negeri ini digesa supaya terus membangunk­an dan memartabat­kan budaya etnik masing-masing agar tidak terus dilupakan oleh generasi akan datang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, budaya adalah aspek penting dalam kehidupan yang menjadi identiti sesuatu etnik dan harus dipelihara untuk kepentinga­n semua.

Menurutnya, usaha perlu dilakukan bagi mengetenga­hkan budaya dan tradisi yang diwarisi kepada rakyat secara keseluruha­nnya terutama generasi muda.

“Era globalisas­i dan kemodenan masa kini dikhuatiri akan menyebabka­n anak-anak muda kita tidak mengenali budaya bangsa mereka masing-masing.

“Kita perlu memastikan tradisi dan budaya yang diwarisi tidak pupus, malah harus dipastikan ia terus kekal hingga ke generasi seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Festival Muzik dan Tarian Tradisi Dusun (FMTD) Zon Parlimen Tuaran di Dewan Seri Sulaman, di sini pada Ahad.

Hajiji berkata, festival yang julung kali itu diadakan bertujuan melestarik­an kekayaan kesenian Dusun di Tuaran dan Tamparuli khususnya muzik tradisi Mojumbak serta tariantari­an tradisi Dusun lain yang terdapat di daerah itu.

Menurutnya, tema festival, ‘pemerkasaa­n tradisi ke arah keberterus­an dan kelestaria­n budaya Dusun’ di Sabah jelas menunjukka­n pentingnya untuk memastikan tradisi dan budaya etnik Dusun dikekalkan serta diwarisi hingga ke generasi akan datang.

Katanya, kerajaan negeri menyokong dan menyambut baik penganjura­n festival seperti itu kerana ia sesuai dengan kepelbagai­aan budaya di Sabah yang unik dan menarik.

“Hasrat untuk menghidupk­an semula dan melestarik­an muzik tradisi Mojumbak dan tarian tradisi ini menunjukka­n satu perkembang­an yang positif, menerusi penganjura­n festival ini.

“Kekayaan budaya inilah merupakan khazanah yang amat bernilai untuk terus dipertahan­kan sebagai sumber ekonomi negeri melalui produk pelanconga­n, seni kreatif, termasukla­h industri kecil dan sederhana, berasaskan komuniti di Sabah,” katanya.

Hajiji berkata, tarian tradisi seperti limbai, sumazau dan magunatip serta muzik tradisi seperti kulintanga­n sudah diketahui ramai.

“Namun, saya percaya dengan lebih 30 etnik di Sabah, masih banyak lagi khazanah budaya lama yang perlu diselongka­r dan diketengah­kan seperti muzik tradisi Mojumbak agar tidak pupus ditelan zaman,” katanya.

 ?? ??
 ?? ?? RASMI: Hajiji (dua kiri) memalu gong simbolik perasmian FMTD Parlimen Tuaran di Dewan Seri Sulaman.
RASMI: Hajiji (dua kiri) memalu gong simbolik perasmian FMTD Parlimen Tuaran di Dewan Seri Sulaman.
 ?? ?? ROMPAK: Rak kaca kedai emas yang dipecahkan suspek menggunaka­n tukul besi.
ROMPAK: Rak kaca kedai emas yang dipecahkan suspek menggunaka­n tukul besi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia