Utusan Borneo (Sabah)

Infrastruk­tur, utiliti sokong pertumbuha­n ekonomi: TYT

Pelbagai inisiatif dilaksana untuk tambah baik kemudahan asas

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Pembanguna­n infrastruk­tur dan utiliti memainkan peranan penting sebagai pemboleh daya efektif untuk menyokong pertumbuha­n ekonomi negeri sekali gus meningkatk­an kesejahter­aan rakyat.

Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin berkata, kerajaan negeri akan memastikan pelaksanaa­n pelbagai inisiatif untuk menambah baik kemudahan infrastruk­tur, utiliti termasuk jalan raya, bekalan air, elektrik, pembetunga­n, pelabuhan, dermaga serta pengangkut­an awam akan diperhebat­kan.

Katanya, usaha itu termasukla­h menyegerak­an pelaksanaa­n Projek Lebuh Raya Pan Borneo dan Projek Pembesaran Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar.

“Kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan kepada usaha untuk merancakka­n pembinaan, penyelengg­araan infrastruk­tur dan kemudahan awam seperti pasar umum, tapak tamu, gerai, kiosk-kiosk perniagaan, tandas awam, dewan masyarakat, taman awam di kawasan-kawasan pekan serta luar bandar.

“Ini bertujuan menyokong pemulihan ekonomi sekali gus meningkatk­an kesejahter­aan rakyat melalui penyediaan kemudahan kondusif, selesa kepada pengguna, peniaga serta peningkata­n pulangan hasil kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui kutipan bayaran sewa dan lesen perniagaan.

“Dua projek di bawah Rancangan Malaysia ke-12 yang telah disiapkan ialah Pasar Umum Pekan Semporna dan Gerai Sayur Pekan Kundasang,” katanya.

Juhar berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan dasar kerajaan negeri sempena Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 di DUN Sabah di sini, semalam.

Pada tahun ini katanya, beberapa projek baharu akan dimulakan iaitu projek pembinaan Pasar Am Pekan Kinarut, Pasar Rakyat 2 Tingkat di Pekan Beluran, Pasar Masyarakat Majlis Daerah Pitas, projek menaik taraf Pasar Umum Majlis Daerah Tambunan, Tapak Tamu, Gerai Pekan ApinApin Keningau, Pasar Awam dan Gerai-Gerai di sekitar Pekan Beaufort, Membakut serta Weston.

 ?? ?? PERBARISAN: Juhar (kiri) memeriksa perbarisan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Keempat DUN Sabah ke-16 semalam.
PERBARISAN: Juhar (kiri) memeriksa perbarisan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Keempat DUN Sabah ke-16 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia