Utusan Borneo (Sabah)

KDM terbuka terima keputusan ADUN Limbahau keluar parti

-

PENAMPANG: Parti Kesejahter­aan Demokratik Malaysia (KDM) mengambil sikap terbuka dan menerima keputusan bekas Timbalan Presidenny­a Datuk Juil Nuatim yang mengumumka­n keluar dari parti itu, kelmarin.

Presidenny­a Datuk Peter Anthony berkata KDM tidak ada sebarang masalah berhubung tindakan Juil kerana ia adalah hak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau itu untuk meneruskan hala tuju politik beliau.

“Kita mengucapka­n selamat maju jaya kepada beliau (Juil) kalau itulah keputusan yang dipilihnya. Kita tiada masalah kerana negara kita mengamalka­n sistem demokrasi untuk memilih hala tuju masingmasi­ng. (Hubungan) kami masih bagus… kami orang politik,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Ketika mengumumka­n keluar parti, Juil berkata, beliau kini adalah seorang ADUN Bebas yang menyokong kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan menegaskan tiada sebarang perselisih­an dengan Peter, namun, hanya untuk membawa pembanguna­n di kawasan beliau.

Peteryangj­ugaADUNMel­alap tidak menafikan pihaknya amat terkejut dengan perkara itu kerana sebelum ini tiada sebarang surat, makluman atau perbincang­an mengenainy­a, selain parti juga tidak mengetahui faktor sebenar mendorong Juil meninggalk­an KDM.

Bagaimanap­un, Peter juga tidak menolak kemungkina­n faktor peruntukan yang masih diperlukan untuk pembanguna­n di DUN Limbahau menjadi antara alasan Juil keluar KDM.

Pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 pada 2020, Juil yang ketika itu mewakili Warisan memenangi kerusi DUN Limbahau dengan majoriti 2,523 undi, sebelum bertindak keluar daripada parti itu pada Disember 2021 dan dilantikme­njadiTimba­lanNaib Presiden KDM, parti yang ditubuhkan Peter tahun lepas.

Susulan tindakan Juil, KDM kini hanya mempunyai kerusi DUN Melalap diwakili Peter dan kerusi Parlimen Kota Marudu diwakili Timbalan Presidenny­a Datuk Wetrom Bahanda, manakala Ahli KDM Riduan Rubin menang kerusi Parlimen Tenom dengan majoriti 1,108 sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-15 tahun lepas.

Dalam pada itu, Peter berkata KDM berpegang teguh dengan pendirian parti untuk menyokong Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutua­n dan kerajaan negeri yang mentadbir Sabah pada masa ini.

Mengenai pembentang­an Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti, Peter berkata KDM akan menyokong RUU itu bagi menghentik­an masalah lompat parti dalam kalangan ahli politik yang sering berlaku di Sabah.

Kelmarin, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dilaporkan berkata Kerajaan Sabah akan membentang­kan RUU Anti Lompat Parti pada persidanga­n DUN minggu ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia