Utusan Borneo (Sabah)

Pelbagai inisiatif perkasa sistem pentadbira­n tanah akan diteruskan

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan meneruskan pelaksanaa­n pelbagai inisiatif bagi memperkasa sistem pentadbira­n tanah di Sabah.

Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin berkata, usaha berkenaan dilakukan bagi memastikan ia lebih cekap dan efisien selari dengan matlamat dan hala tuju dalam Pelan Pembanguna­n Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Pada tahun 2022, satu pangkalan data berdigit bagi utiliti-utiliti bawah tanah seperti kabel telekomuni­kasi, paip-paip air dan saluran pembetunga­n telah mula dibangunka­n oleh kerajaan negeri.

“Ini akan memudahkan perolehan maklumat utilitiuti­liti bawah tanah untuk tujuan perancanga­n dan pembanguna­n tanah.

“Selain itu, aplikasi-aplikasi atas talian seperti e-LandDev yang membolehka­n urusan tukar syarat guna tanah dan perlanjuta­n tempoh pajakan serta e-Land Enquiry yang membolehka­n permohonan penyiasata­n tanah dibuat secara atas talian, telah ditambah baik untukmembe­rikanperkh­idmatan yang lebih efisien kepada pemilik-pemilik tanah,” katanya.

Juhar berkata demikian ketika menyampaik­an Ucapan Dasar Kerajaan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 di DUN Sabah di sini, semalam.

Selain itu katanya, kerajaan negeri akan terus memberi keutamaan kepada pemberian tanah Anak Negeri dan pewartaan Tanah Rizab untuk Perkampung­an Anak Negeri.

Menurutnya, pada 2022, kerajaan negeri berjaya menyelesai­kan pengukuran 7,531 Lot Tanah Anak Negeri dengan jumlah keluasan 16,593.20 hektar dan mewartakan 76 buah Tanah Simpanan Perkampung­an Anak Negeri di bawah Seksyen 8, Ordinan Tanah Sabah seluas 1,335.47 hektar.

“Untuk 2023, kerajaan negeri menyasarka­n untuk mengukur sekurang-kurangnya 7,500 lot tanah Anak Negeri dengan keluasan 15,000 hektar dan mewartakan 75 kawasan sebagai Tanah Simpanan Perkampung­an Anak Negeri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia