Utusan Borneo (Sabah)

WARISAN akan teliti sebelum sokong RUU Anti Lompat Parti

-

KOTA KINABALU: Parti Warisan (WARISAN) akan meneliti secara menyeluruh sebelum menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti yang dijadual dibentangk­an pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN), kata presidenny­a Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata pihaknya mengalu-alukan pembentang­an RUU itu, bagaimanap­un ia perlu diteliti agar sebarang UndangUnda­ng Anti Lompat Parti yang bakal dikuatkuas­akan mampu memberi kestabilan politik di Malaysia khususnya di Sabah.

“Kita tidak mahu ada pihak yang mengatakan bahawa WARISAN tidak menyokong RUU Anti Lompat Parti...kita mahu perkara itu dilaksanak­an secepat mungkin, namun kita mahu tahu dan teliti dahulu apa yang terkandung dalam RUU itu,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Kelmarin, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dilaporkan berkata Kerajaan Sabah akan membentang­kan RUU Anti Lompat Parti pada persidanga­n DUN yang bermula hari ini.

Mohd Shafie sebelum ini berkata pihaknya menyatakan cadangan berkaitan RUU Akta Anti Lompat Parti, yang mana cadangan itu bertujuan meminda Perkara 17 Perlembaga­an Negeri Sabah bagi menambah Perkara 17A dan 17B.

Beliau berkata penambahan Perkara 17A antara lain melibatkan Ahli DUN bertukar parti politik, iaitu dia hendaklah berhenti menjadi Ahli DUN dan kerusinya menjadi kosong; sekiranya meletak jawatan, dipecat, berhenti, menyertai parti politik lain atau berhenti menjadi ahli parti politik diwakiliny­a atas apa juga sebab.

“Perkara yang sama juga akan dikenakan kepada calon bebas yang setelah dipilih ke DUN, menyertai parti politik. Seseorang Ahli DUN tidak perlu mengosongk­an kerusinya jika partinya dibubarkan atau pendaftara­n partinya dibatalkan atau dia meletakkan jawatan apabila dipilih sebagai Speaker,” katanya.

Beliau berkata penambahan Perkara 17B pula antara lain melibatkan perubahan gabungan parti politik iaitu Ahli DUN hendaklah berhenti menjadi ahlinya dan kerusinya menjadi kosong; sekiranya parti politik diwakiliny­a itu meninggalk­an, dipecat, atau berhenti menjadi ahli gabungan parti politik yang bertanding pada pilihan raya.

Mohd Shafie berkata Speaker DUN Sabah hendaklah memaklumka­n Suruhanjay­a Pilihan Raya secara bertulis apabila berlakunya kekosongan kerusi di bawah Perkara-Perkara tersebut, iaitu kekosongan itu hendaklah diisi dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh penerimaan pemberitah­uan.

Beliau berkata parti politik juga hendaklah meminda perlembaga­annya selaras dengan penambahan berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia