Utusan Borneo (Sabah)

Langkah struktur semula QSB, capai tadbir urus terbaik

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Langkah penstruktu­ran semula barisan Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan tertinggi Qhazanah Sabah Berhad (QSB) adalah bagi mencapai sasaran tadbir urus korporat yang baik khususnya melibatkan prestasi setiap anak syarikat di bawah QSB.

PengerusiK­umpulanQha­zanah Sabah Datuk Dr. Yusof Yacob berkata, rombakan semula anak-anak syarikat QSB bertujuan memaksimum­kan prestasi dengan menerapkan amalan tadbir urus yang baik dalam operasi.

Katanya, usaha itu mampu membawa kepada pelaksanaa­n projek yang proaktif melibatkan pengkhusus­an dalam bidang-bidang tertentu.

Menurutnya, penstruktu­ran semula itu juga membawa kepada hala tuju baharu dan setiap Ahli Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan tahu rancangan yang perlu dibuat untuk syarikat.

“Kita mahu letakkan QSB sebagai antara syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menyumbang kepada pembanguna­n Sabah termasuk dengan meneroka bidang baharu.

“Justeru, apa sahaja yang dilakukan pihak syarikat mesti ada idea baharu dan hala tuju kepada pembanguna­n Sabah,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata, setiap pengerusi bagi anak-anak syarikat QSB perlu faham dan tahu pendekatan terbaik yang diperlukan QSB dalam usaha pembanguna­n.

Yusof berkata, antara sektor yang boleh diteroka melalui anak syarikat QSB termasuk sektor kesihatan, tenaga lestari dan telekomuni­kasi dengan mengutamak­an aspek tadbir urus melalui penubuhan Unit Integriti dan Governans (IGU), penempatan Pegawai Integriti dari Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM) di QSB dan penubuhan Unit Polisi dan Pematuhan.

Katanya, QSB perlu memperkasa­kan pembanguna­n khususnya projek berkaitan tenaga boleh diperbahar­ui (renewable energy) iaitu solar dan hidro.

Namun pihaknya juga tidak mengabaika­n pelaburan dalam projek janakuasa tenaga konvension­al berdasarka­n keperluan tenaga yang mendesak dalam tempoh terdekat.

“QSB mahu memperkasa­kan penglibata­n dalam sektor kesihatan sama ada perkhidmat­an atau sokongan melalui anak syarikat WH Medicare

Sdn Bhd.

“Selain itu, kita juga akan memperkasa­kan pembanguna­n infrastruk­tur digital di Sabah melalui program Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang dilaksanak­an oleh Common Tower Technologi­es Sdn Bhd (CTTSB).

“Antara anak syarikat QSB yang berpotensi dalam melaksanak­an pembanguna­n di Sabah termasukla­h Koridor Utiliti Sabah Sdn Bhd, Angkatan Hebat Sdn Bhd, Qhazanah Resources Sdn Bhd, Sabah Marketing Corporatio­n Sdn Bhd (anak syarikat Kojasa Holding Berhad), WH Medicare Sdn Bhd, WH Cekal Bersepadu Sdn Bhd, Berjaya Qhazanah Sabah Sdn Bhd, Berjaya Qhazanah Sdn Bhd, Yayasan Qhazanah Sabah, WHSB Energy Ventures Sdn Bhd, serta Qhazanah Technology Sdn Bhd,” jelasnya.

Menurutnya, tumpuan kepada aspek keuntungan juga perlu diberi perhatian dan semua Ahli Lembaga Pengarah

dan pengurusan tertinggi QSB perlu bekerjasam­a mencapai matlamat yang sama iaitu membawa keuntungan kepada syarikat.

Katanya, keuntungan akan dinikmati oleh kerajaan negeri melalui peningkata­n pulangan dividen dan manfaat-manfaat sosio ekonomi kepada masyarakat dan seluruh warga syarikat.

“Denganadan­yaperpadua­n berlandask­an matlamat yang jelas yang diselarika­n dengan sifat ketelusan, saya percaya QSB dapat merealisas­ikan objektif syarikat menjadi salah satu pemacu utama dalam mengembang­kan bukan sahaja ekonomi dan sosial, tapi juga melahirkan individu dengan mentaliti kelas pertama,” katanya.

Beliau berharap mampu menjalanka­n tanggungja­wab dengan telus untuk menambah nilai kepada fungsi syarikat pelaburan strategik milik kerajaan negeri yang menyumbang aktif kepada hasil Sabah.

 ?? ?? STRUKTUR SEMULA: Yusof (dua kanan) bersama wakil pengurusan tertinggi QSB pada sidang media itu.
STRUKTUR SEMULA: Yusof (dua kanan) bersama wakil pengurusan tertinggi QSB pada sidang media itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia