Utusan Borneo (Sabah)

Maritim Malaysia Labuan tahan bot tunda langgar syarat lesen

- Oleh Siti Aisyah Narudin

LABUAN: Sebuah bot tunda ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan selepas disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana melanggar syarat lesen iaitu gagal mengemas kini buku (Official Log Book).

Pengarah Zon Maritim Labuan Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, bot terbabit ditahan pada jarak lebih kurang 2.8 batu nautika Barat Daya Pulau Papan dekat sini kira-kira jam 6.45 petang kelmarin.

Menurutnya, pada jam 5.10 petang aset ronda Maritim Malaysia sedang melaksanak­an OP Sejahtera, OP Khas Kuda Laut dan Op Tiris di sekitar Pulau Labuan sebelum mengesan dan menahan sebuah bot tunda.

“Semasa diperiksa, bot tunda terbabit dikendalik­an oleh seorang nakhoda warganegar­a Malaysia berumur 56 tahun beserta dengan enam kru lelaki yang kesemuanya warganegar­a tempatan berumur dalam lingkungan 22 hingga 42 tahun.

“Bot tunda bersama-sama nakhoda dan dua daripada kru bot berkenaan berserta dokumen dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Dalam pada itu beliau berkata, Maritim Malaysia sentiasa komited dalam melaksanak­an rondaan dan pemantauan bagi mencegah sebarang bentuk pelanggara­n undang-undang, penyeludup­an, penceroboh­an dan jenayah maritim di sepanjang perairan Malaysia amnya dan di perairan Zon Maritim Labuan khasnya.

Katanya, orang ramai boleh menghubung­i Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087453777 atau Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999 yang beroperasi 24 jam.

 ?? ?? DITAHAN: Bot tunda yang ditahan Maritim Malaysia Zon Maritim Labuan.
DITAHAN: Bot tunda yang ditahan Maritim Malaysia Zon Maritim Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia