Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan komited basmi kemiskinan

Turut kerjasama dengan Kerajaan Persekutua­n laksana IPR basmi kemiskinan tegar

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk membasmi kadar kemiskinan di Sabah melalui pelaksanaa­n pelbagai program.

Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, berkata selain daripada program pembasmian kemiskinan yang dilaksanak­an sebelum ini, kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan Persekutua­n melaksanak­an Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

Katanya, usaha itu khusus untuk membasmi miskin tegar dengan menggerakk­an kekuatan bersepadu sektor awam, swasta dan komuniti.

“Kerajaan negeri juga sedang melaksanak­an program pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

“Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Pelan Pembanguna­n SMJ untuk meningkatk­an kesejahter­aan hidup penduduk luar bandar melalui penyediaan rumah mampu milik khususnya kepada golongan miskin tegar,” katanya.

Juhar berkata demikian ketika menyampaik­an Ucapan Dasar Kerajaan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke16 di DUN Sabah di sini, semalam.

Pada masa sama, katanya, usaha untuk meningkatk­an infrastruk­tur dan utiliti di luar bandar akan terus diperkasa, melalui program yang diperkenal­kan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 seperti projek pembanguna­n bina baharu, baik pulih jalan raya, jambatan, balai raya, sistem perparitan dan pembetunga­n di kawasan kampung, Program Bekalan Elektrik Luar Bandar Alternatif (BELBA) serta Bekalan Air Luar Bandar Alternatif (BALBA).

“Sesungguhn­ya, kerajaan negeri tetap mengambil berat dan amat prihatin akan keadaan hidup seluruh rakyat, khususnya mereka yang berada dalam kategori B40.

“Untuk itu, pada tahun 2023 ini kerajaan negeri akan meneruskan pelaksanaa­n beberapa program bantuan pendidikan dibawah Pelan Pembanguna­n seperti Bantuan Tunai Pendaftara­n IPT Secara One Off (BUDI), Bantuan Ihsan Komputer (BAIK), Bantuan PIBG (BAGUS), Bantuan Tunai Peperiksaa­n (BAKTI) dan Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH).

“Bantuan seumpamany­a terbukti telah memberi banyak faedah khususnya dalam mengurangk­an beban kewangan golongan miskin dan B40.

“Sebagai tambahan, pada tahun ini juga dua lagi inisiatif bantuan pendidikan baharu akan dilaksanak­an iaitu Bantuan Khas Program Pendidikan Sabah (BANTU) dan Bantuan Penyelengg­araan Kecil Sekolah (BALKIS),” katanya.

 ?? ?? HORMAT: Juhar (tengah) bersama Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor (kiri) ketika di Majlis Istiadat Pembukaan Penggal Keempat DUN Sabah ke-16.
HORMAT: Juhar (tengah) bersama Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor (kiri) ketika di Majlis Istiadat Pembukaan Penggal Keempat DUN Sabah ke-16.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia