Utusan Borneo (Sabah)

Rebut insentif perniagaan disediakan: Redonah

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Usahawan wanita perlu memiliki semangat, kekuatan serta keyakinan tinggi untuk menghadapi cabaran dunia perniagaan dewasa ini.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Redonah Bahanda, berkata golongan usahawan wanita disaran supaya merebut pelbagai insentif ditawarkan kerajaan untuk mengembang­kan perniagaan masing-masing.

Katanya, kerajaan telah menyediaka­n banyak pakej pembiayaan perniagaan bagi mencapai matlamat tersebut.

Golongan ini perlu direbut dan digunakan sepenuhnya untuk memajukan perniagaan yang sedang dijalankan.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali kedua 2023 dan Retreat Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera (Usahanita) Malaysia cawangan Negeri Sabah, dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama Yang Dipertua

1 Usahanita Malaysia, Datuk Faridah Jabbar dam Pengerusi Usahanita Sabah Noraini Sulong serta ahli-ahli Usahanita Sabah.

Menurut Redonah, kerajaan akan berusaha mengetenga­hkan lebih ramai usahawan wanita di negeri ini terlibat secara aktif dalam dunia keusahawan­an bagi memastikan golongan itu dapat bersaing dalam bidang perniagaan yang masih dikuasai oleh golongan lelaki.

Pada masa sama, katanya, golongan tersebut perlu bijak merancang dalam usaha merealisas­ikan hala tuju perniagaan mereka.

“Golongan wanita perlu dilengkapk­an dengan kemahiran dan pengetahua­n yang luas dan mampu bersaing serta menghadapi cabaran di era pembanguna­n ekonomi berpengeta­huan

“Usahawan wanita perlu mengukuhka­n konsep kongsi pintar dengan agensi-agensi kerajaan ini bagi memanfaatk­an pelbagai tawaran dan insentif yang diberikan oleh agensi ini,” katanya.

 ?? ?? Dua Kementeria­n bekerjasam­a selesaikan isu air.
Kerajaan kenal pasti tanah untuk agromakana­n. 10 inisiatif kurangkan beban guru diumumkan.
Tiga laluan kontra dibuka Julai ini untuk atasi kesesakan.
Dua Kementeria­n bekerjasam­a selesaikan isu air. Kerajaan kenal pasti tanah untuk agromakana­n. 10 inisiatif kurangkan beban guru diumumkan. Tiga laluan kontra dibuka Julai ini untuk atasi kesesakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia