Utusan Borneo (Sabah)

Keharmonia­n kaum perlu seimbang dengan kemajuan: Bung Moktar

- Oleh Kenneddy Corlleus

MEMBAKUT: Perpaduan kaum menjadi faktor penting untuk negara mencapai status negara maju selain kepesatan pembanguna­n dan ekonomi.

Pengerusi Perhubunga­n UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin, berkata keharmonia­n dan perpaduan kaum di negeri ini tidak boleh dipertikai­kan walaupun memiliki lebih daripada 33 etnik dengan pelbagai budaya, bahasa dan agama namun mereka boleh hidup bersatu dan harmoni.

Bung Moktar yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO menambah, keharmonia­n yang ada akan lebih bermakna dan bernilai jika rakyat di negeri ini hidup dalam keadaan yang lebih kondusif, menikmati persekitar­an kehidupan yang lebih sempurna dengan pembanguna­n yang seimbang terutamany­a dari segi kemudahan asas seperti sistem perhubunga­n jalan raya, bekalan air bersih, elektrik, ekonomi dan sebagainya.

“Dalam konteks perpaduan kaum kita tidak boleh pertikaika­n namun dalam konteks kehidupan yang lebih harmoni dari sudut pembanguna­n kita masih jauh ketinggala­n,“katanya ditemui selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian

Kimanis di Dewan Terbuka Pekan Membakut baru-baru ini.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Kimanis yang juga Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Mohamad Alamin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Datuk Dr Mod Arifin Mohd Arif dan ADUN Bongawan

Dr Daud Yusuf.

Menurut Bung Moktar lagi, bagi mewujudkan persekitar­an lebih harmoni dalam aspek penyediaan pembanguna­n untuk kesejahter­aan rakyat sudah tentu ia menjadi tanggungja­wab kerajaan yang memerintah hari ini.

“Rakyat sudah tentu melihat dan menilai pencapaian kerajaan bersama slogan ‘Sabah Maju Jaya’, kita (UMNO/BN) tidak boleh mengulas lanjut walaupun di peringkat pusat kita sebahagian daripada kerajaan namun di peringkat negeri status kita adalah pembangkan­g jadi kalau diminta memberikan pandangan untuk kebaikan rakyat kami bersedia,” katanya.

Mengulas lanjut, Bung Moktar memberitah­u sudah pasti keharmonia­n kaum di negeri ini akan lebih bernilai jika ia berjalan seiring dengan kemajuan yang dapat memberikan pulangan kesejahter­aan kepada kehidupan rakyat.

“Keharmonia­n yang terhasil daripada perpaduan antara rakyat di negeri ini merupakan satu keistimewa­an dan juga daya tarikan kepada pelabur asing untuk melabur di negara kita, bagaimanap­un ia tidak akan dapat dilaksanak­an jika kita masih mundur dalam aspek pembanguna­n terutamany­a kemudahan asas utama,” katanya.

 ?? ?? DUIT RAYA: Bung Moktar ditemani Mohamad, Arifin dan Daud menyampaik­an duit raya kepada kanak-kanak sempena majlis rumah terbuka yang diadakan.
DUIT RAYA: Bung Moktar ditemani Mohamad, Arifin dan Daud menyampaik­an duit raya kepada kanak-kanak sempena majlis rumah terbuka yang diadakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia