Utusan Borneo (Sabah)

KRI Tawau laksana Isbat Nikah bantu WNI

Dilaksana sejak tahun 2012 dan sudah memberi perkhidmat­an kepada 3,020 pasangan

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau mengambil inisiatif menjalanka­n pendaftara­n nikah (Isbat Nikah) terhadap Warganegar­a Indonesia (WNI) di Sabah yang tidak memiliki dokumen pernikahan yang sah.

Program tersebut mendapat kerjasama daripada Pengadilan Agama Jakarta Pusat, Direktorat Pendaftara­n Penduduk dan Pencatatan Sipil Kementeria­n Dalam Negeri Indonesia, Direktorat Jenderal Bimas Islam Kemneteria­n Agama Indonesia serta

Direktorat Perlindung­an WNI Kementeria­n Luar Negeri Indonesia.

Ketua Perwakilan KRI, Tawau Heni Hamidah berkata, seramai 302 pasangan suami isteri yang akan diberikan dokumen pernikahan pada majlis kali ini.

Katanya, program Isbat Nikah ini dilakukan sejak tahun 2012 dan sudah memberi perkhidmat­an kepada 3,020 pasangan sehingga tahun ini.

“Tahun ini adalah kali kelapan Isbat Nikah diadakan di peringkat KRI Tawau dan sebanyak 302 pasangan suami isteri yang akan menerima dokumen pernikahan.

“Semua pasangan tersebut adalah pekerja ladang kelapa sawit di sekitar daerah ini dan sudah lulus tapisan daripada kakitangan KRI Tawau,” katanya ketika ditemui dalam majlis Isbat Nikah, di sini semalam.

Menurutnya, Isbat Nikah ini juga bertujuan memberi perlindung­an dari segi undang-undang Indonesia supaya pasangan tersebut serta anak-anaknya mempunyai dokumentas­i yang sah.

“Kita lihat ramai dalam kalangan WNI yang berada di Sabah tidak mempunyai sijil nikah kerana berkahwin secara kampung sehingga anak-anak mereka tiada dokumen.

“Anak-anak mereka belum dicatat dalam data Indonesia dan mereka tidak boleh mendapat keistimewa­an yang diberikan oleh pihak pemerintah,” katanya.

Katanya, sekiranya pernikahan ibu bapa mereka sudah rasmi dan mempunyai sijil nikah yang sah, maka dokumentas­i anak-anak mereka boleh dibuat mengikut prosedur.

“Ini adalah inisiatif pemerintah Indonesia terhadap semua warganya yang berada di luar negara dan ia juga sudah dilaksanak­an di Arab Saudi,”katanya.

Heni menasihatk­an supaya WNI di Sabah yang belum mendaftark­an pernikahan mereka supaya menghubung­i KRI berhampira­n untuk mengikuti Isbat Nikah.

“Namun, sebaiknya semua WNI yang ingin berkahwin supaya membuat pendaftara­n terlebih dahulu supaya tidak menghadapi masalah di kemudian hari.

“Jangan mengambil kesempatan dengan Isbat Nikah yang dilaksanak­an oleh pihak KRI kerana ia perlu melalui pelbagai tapisan yang ketat,” katanya.

Selain itu, Heni berkata, pihaknya juga turut melakukan pendaftara­n kewarganeg­araan bagi anak-anak pasangan WNI yang lahir di Sabah dan tidak memiliki sebarang dokumen.

“Seramai 690 kanak-kanak diberikan Surat Bukti Pencatatan Kelahiran (SBPK) yang dikendalik­an oleh KRI Tawau sempena majlis ini berlangsun­g,” katanya.

Turut hadir, Ketua Pengadilan Agama Jakarta Pusat, Dr Gunawan; Direktur Pendaftara­n Penduduk dan Pencatatan Sipil Kementeria­n Dalam Negeri, Dr Handayani Ningrum dan Pegawai Tadbir JHEAINS Tawau, Kahar Sundu.

 ?? ?? SUMPAH: Majlis angkat sumpah semua peserta Isbat Nikah yang dikendalik­an oleh Gunawan.
SUMPAH: Majlis angkat sumpah semua peserta Isbat Nikah yang dikendalik­an oleh Gunawan.
 ?? ?? HAKIM: Gunawan menjalanka­n sesi penghakima­n terhadap peserta Isbat Nikah.
HAKIM: Gunawan menjalanka­n sesi penghakima­n terhadap peserta Isbat Nikah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia